Total Pageviews

Monday, 12 March 2018

Sambal lada hijau,tempe tumbuk,belimbing buloh.

Assalamualaikum
Sejak ada anak2 yang bekerja dari rumah ni,mak nya merajin kan diri masak pelbagai lauk...kesian setiap hari neredah jem hingga ada kalanya hampir Isyak baru menjejak kaki ke rumah.Masak takde istimewa mana pun sekadar lauk2 kampung biasa saja.Fateha biasanya nak ada makanan pedas setiap hari.Kalau tak de ,dia sanggup berulam kan cili padi.Azim okje ,apa yang mak nya masak itulah yang dimakan.
Antara lauk pedas/ sambal yang aku masak untuk mereka...ermm bukan lauk sehari je ni tapi salah satu menu dalam seminggu.
            Asam pedas ayam
      Sambal lada hijau hiris
Resepinya ---hiris lada hijau ,bawang besar,bawang putih .Panas kan sikit minyak masukkan ikan bilis dan bahan2 hiris,masukkan air asam yang dicampurkan dengan sedikit belacan.Kebetulan ada timun ,aku campak kan juga dlm tumisan.Masukkan garam ....siap....kalau Iqa ada,ini lah lauk febret dia.
       Sambal tempe tumbuk
Resepi ni gara2 tengok blog NAMAKUCELLA blogger kecil yang berkongsi resepi masakan mak  kesayangan nya.Teringin juga nk merasa....hasilnya,sedapppp...apatah lagi bila makan dengan nasi panas.Bahan2 nya semua digoreng dulu,tempe,bawang, ikan bilis 
dan lada cili .Kalau nak pedas taruk lah lebih.Kemudian tumbuk ....biar kasar2.Kalau kurang masin tambah lah garam atau apa2 perasa ikut selera memasing.
Ni pulak sambal tumbuk belimbing buluh.Sekarang ni kan tengah musim ,mungkin dah banyak sangat buahnya,masa suami beli ikan ,isteri penjual ikan tu beri pada suami satu plastik belimbing buluh.Banyak tu ,ada lah dlm sekilo.Nak buat sambal hitam tak larat lah mak ...buat masak udah leh....lebihnya ingat nak buat jeruk je.
Sambal tumbuk belimbing ni salah satu dari hasilnya.Seperti biasa lah  cili,bawang  dan ikan bilis goreng dulu.....kalau tambah belacan mungkin lagi sedap kot.Tapi aku kurang minat .Kemudian ditumbuk semua dan masukkan belimbing dan tumbuk lagi .Masukkan garam secukup rasa.

8 comments:

  1. Anak2 memang suka pedas kan saniah.menabah selera dia orang makan

    ReplyDelete
  2. wahhh sedap nih sambal lada hijau

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya byk resepi sambal tu kak. Tapi betullah sambal ni pedasnya menaikkan selera makan, takde pedas tak kick kata org. Tapi saya tertarik dgn resepi sambal tempe tu. Tak pernah buat, selalu buat sambal goreng ngn ikan bilis je. Saya pun tak suka belacan kak, resdunggg.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya resepi sambal2 ni kak..
    Tapi keadaan saya tak mengizinkan mkn yg pedas2 lagi..
    Saya dah serupa mcm abg akak..
    Mkn yg masak bening saja..
    Ada juga mencuba nak mkn pedas..
    Penyudahnya duduk jawapnya..

    ReplyDelete
  5. sambal lada hijau tu first time nie e'in tahu.. huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah banyaknya resepi sambal.. yang saya tahu sambal belacan je hehe... Kalau di Pahang belimbing buluh tu buat sambal itam. femes amat! Tapi cerewet juga cara membuatnya..

    ReplyDelete
  7. Aduh kecur air liur tengok sambal sambalan tu SI.... mcm sedap je. Dah boleh jadi koleksi sambal ni tau! Ada sekali tu saya tengok TV, Angah Rajalaak tu buat sambal cilipadi tapi dia campur timun SI...mcm teringin pulak nak buat.

    Sambal cili hijua tu, saya pernah buat ...mmg jadi pembuka selera tu kan

    ReplyDelete