Total Pageviews

Monday, 5 March 2018

Si bongsu Iman

Assalamualaikum
Dah beberapa minggu tak berblog...semangat pun dah semakin suram .Bukan takde cerita tapi nak mengolah cerita tu yang merudum.Nak kata sibuk ,rutin biasa rumahtangga dah lali pada kehidupan ku.
Iman sekarang waktu siang hanya sekejap je berada di rumah.Kelas tambahan hingga 2.20 ptg.Pukul 3  dah ke sekolah agama.Mujur sekolah agama tak jauh....5 minit jalan kaki dah tiba.Kesian pulak tengok dia yang keletihan seharian ,bila malam belum pukul 10 dah lena dibuai mimpi.... kepenatan.
Kadang kala saja menyakat ,kata pada dia ...".boring nya mak sesorang kat rumah".Ketika itu dia dah nak bersiap ke sekolah agama.Boleh pulak dia kata " Iman tak nak sekolah lah".Aku tanya dia " kenapa pulak?"."Nak jaga emak kat rumah".....cehhh jawapan nak ponteng lah tu.
Masa cuti CNY lepas kami ke rumah anak sulung di Melaka.Hari ke dua tu anak bawa ke PD.Excited betul Iman mandi manda sampai tak ingat nak naik dah.Ketika abang dan ayahnya dah membersihkan badan,sanggup dia sorang2 berendam lagi berjam2.Cuaca ketika itu memang panas ,mujurlah tak rentung dek  pancaran matahari terik tu...mujorlah ada si kakak  sentiasa bawa segala macam cream .....kalau tidak  bertambah rentung lah kulit dia yang sedia gelap tu....hahaa.
Sebenarnya sepanjang 12 tahun usia Iman ni ,baru lah kali pertama dia mandi laut....kelakar kan.Masa kecil dia fobia pada ombak.Bila nampak ombak je takut dan menangis2 kalau disuruh mandi.Sejak tu kalau pergi ke tepi pantai sekadar duduk2,makan2 dan ambil angin je.Dah 12 thn ni lah baru lah rasa kenikmatan nya mandi laut.
Lihat lah betapa teruja nya dia bila dpt mandi laut.

6 comments:

  1. Oh pi PD mandi manda, awat akk tak pm saya, kalo tak boleh kita pakat2 pi PD sama2, hehe.

    Ceritanya si iman takut ombak ek, hihi.. Dah hilang takut baru tau seronok dapat mandi laut ye.

    Saya plak kak, mungkinlah sbb bekerja kan, takdelah rasa sunyi atau boring sangat. Balik rumah dalam kul 3.30, rehat jap, basuh2 baju, dah petang nak masak plak, seminggu habis camtu je, tak sabar tunggu jumaat nak cuti sabtu ahad.

    ReplyDelete
  2. La ....ye ke Iman baru pertama kali mandi laut. Saya dpt bayangkan mcm mana terujanya Iman tu SI....
    Betullah SI... sekarang ni bukan main lagi panas dia kan.... lepas panas tu ganti pulak hujan, mmg tak menentu cuaca sekarang ni



    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sama la macam saya masa kecik-kecik dulu takut dengan ombak. kalu masa piknik, abang2 pula duk nyakat heret ke gigi air, apa lagi menjerit la..hehehe. Tapi tu lamaa dulu. Jadi saya dapat rasakan keterujaan Iman 1st time main ombak dan laut... seronok sangat samapai tak nak naik dah..hehe

    ReplyDelete
  4. Seronok Iman menikmati mandi manda dilaut..
    Baru dia tahu seronok jadi dugong laut hihihi..
    Lama tu kak..
    12 tahun baru berani..

    Nabil anak saya dari kecik lagi berani tapi kat tepi jer lah..
    Takut bila dibawa ketengah..
    Sebab dia ngeri bila air dalam katanya..
    Macam tu juga kat kolam renang..
    Tempat dlm takut..

    Saya pulak tak sabar nak jadi surirumah.. hihihi😆
    Penat rasanya dah 23tahun bekerja kak ..

    ReplyDelete
  5. jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  6. hehehe
    bagus lah dah tak fobia ombak

    ReplyDelete