Total Pageviews

Monday, 12 February 2018

Iman 12 tahun

Assalamualaikum
9hb February -Jumaat genap bujang kecil kami,Iman Farid 12 tahun .Begitu cepat masa berlalu anak bongsu ini dah melangkah remaja....dan makayah pun semakin tua....
Jumaat tak buat apa2 pun untuk dia.Takde sesiapa pun nak makan kalau masak2 special untuk dia sebab masing2 balik petang.
Kata dia nak makan pulut kuning.Sabtu pagi buatkan untuk dia.Stok ayam/ daging takde dalam aisbox.Iman nak makan pulut kuning bercicah kari katanya.Mula nya nak buatkan kari telor saja ,bila nampak ikan terus je terfikir buat kari ikan....ermm sedap juga kari ikan walaupun hanya menggunakan ikan cencaru.Memang dah lama tak masak kari ikan .Bila makan bersama pulut kuning memang enakkk.Resepi kari ikan tu seperti biasa je cuma aku tambahkan tomato ceri dan daun kunyit....aku suka bau daun kunyit .
Petang  ke Aeon ,Fateha kata nak belanja Iman makan..... kami pun tumpang sekaki...😉.Malas nak fikir makan apa sebab Fateha dan Azim baru balik kerja ,masih penat lagi.KFC je jadi pilihan dan beli beberapa potong kek Secret Resepi .( memang tak snap gambar sebab Iqa xde)
Ahad semalam ke Pejabat Pendaftaran,Iman buat ic.Bukan main excited lagi .Suka dia dah nak ada ic sebab boleh masuk ke tempat yang tak boleh masuk budak bawah 12 th seperti di hospital contoh nya.
Walaupun Iman dah besar ,Iman sentiasa jadi anak kecil kami.Semoga dengan bertambah umor mu ,bertambah ilmu dan ibadah mu,semoga sentiasa jadi penyejuk mata dan hati makayah.SELAMAT HARI LAHIR IMAN.


7 comments:

  1. Selamat hari lahir iman, mg menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat, aamiin..

    ReplyDelete
  2. Sarah helwah Iman.
    Semoga menjadi anak yg soleh yea.

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir iman
    supaya membanggakan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir Iman! Moga membesar menjadi anak, abang, suami dan ayah yang soleh.

    ReplyDelete
  5. umur Iman sama dgn umur anak bongsu saya..12 th..
    semoga Iman menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah Iman..
    Semoga menjadi anak yg soleh..

    Sedap tengok pulut kuning dan kari ikan akak tu..
    Mcm nak cari juga..

    ReplyDelete
  7. Happy belated bezday Iman... moga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu ayah...Wah dah ada IC kira dah besar sangatlah tu kan Iman hihi...

    Hari ni saya pun buat kari ikan SI... tp tak masak pulutlah. Nasi pun tak masak hari ni. Makan dengan roti aje.

    ReplyDelete