Total Pageviews

Monday, 30 April 2018

Kerabu kedondong

Assalammualaikum
Ketika aku menaip entry ini hanya aku dengan Azim saja yang ada di rumah.Tapi sepi seperti tiada penghuni .Biasa lah ank dah besar ,buat hal sendiri .Tu yang terdetik hati nak mencoret sesuatu kat blog yang dah mula bersawang ni.Memang mood semakin merudum walaupun banyak masa dan cerita nak diabadikan dalam blog ni.
Gambar kerabu kedondong ni pun dah berminggu tersimpan dalam dalam draf.
.Kedondong pemberian jiran,hanya Iman dengan aku saja yang makan .Dari terbiar kecut terlintas di fikiran aku nak buat kerabu  walaupun tak pernah makan dan cuba lagi.Tak kisah lah apa pun rasanya ,sendiri yang mahu makan .Aku suka apa juga jenis kerabu dan ulamulaman dibandingkan sayur yang dimasak.Memang selera orang kampung ,apatah lagi dah berusia ni.
Kedondong yang nak dibuat kerabu tu dikupas dulu ,kemudian di cincang halus .
Tak kisah lah nak buat cara camna pun asalkan elok kejadian nya.
Kemudian hiriskan bawang besar dan cili merah /cili padi. Stok ikan bilis aku dah kehabisan ,mujurlah ikan goreng semalam ada sebagai penyelamat.
Campurkan kesemua dan gaul kan .Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Perahkan limau kasturi ....siap.
Sedap penambah  selera makan tengahhari aku .Iman kedondong dah jadi kerabu memang tak lah disentuhnya.
Petang ni cadangnya nak buat kerabu lagi untuk ifftar....kerabu kacang botor.

10 comments:

  1. Terliur pulak tengok gambar kerabu kedondong saniah

    ReplyDelete
  2. Kak, hihi.. Gelak dulu, ni panggil kerabu ek, saya pernah buat ni, ada citer dlm blog ni, tapi saya panggil sambal kedondong, saya letak ikan bilis, tapi saya malas nak cincang, saya blend je, blend kasar, mmg sedap kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA jk blend tentunya kita panggil sambal, k. saniah cincang., kerabu w/pin ramuannya hampir sama.

      Pssttt: dr mgu lepas lg tercari2 jawapan kpd beberapa isu remeh temeh, adoiiiiiijii...

      Delete
  3. perghhh
    sedapnya kerabu kedondong
    terus lapar

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Perghh, tiba-tiba kecur pulak air liur tengok kerabu kedondong tu. Biasanya dulu-dulu buah kedondong tu saya makan sambil cecah dengan asam masin atau garam..hehe. tu dulu la masa muda-muda.( sekarang ni pun masih muda lagi hehe) Apapun minta izin akak untuk copy resepi tu. nanti nak cari buah kedondong nak cuba buat kerabu..

    ReplyDelete
  5. Selera orang lain lain ye SI... Tekak kita mmglah SI semua pun jalan haha....
    Anak anak saya mmg tak retilah makan kerabu lerabu gini SI, sayur pun memilih...

    Senang je ek buatnya. Kerabu kacang boto tu buh kelapa tak?

    ReplyDelete
  6. Hi Selamat Pagi mas masku
    teman kamu pada menang puluhan juta
    ayo giliran kamu! menangkan sekarang juga
    Pilih Agen Poker & DominoQQ Yang Terpercaya?
    PIN BB : D61E3506
    Whatsapp : +85598249684
    L ine : Sinidomino
    poker online

    ReplyDelete