Total Pageviews

Tuesday, 15 May 2018

Telor pindang

Assalamualaikum
Beberapa hari lagi kita akan bertemu Ramadhan .Entah kenapa tekak aku teringin  sangat nak makan telor pindang.Bukan tak de orang jual tapi keinginan untuk makan telor pindang yang buat sendiri terlalu kuat.Berusaha aku bertanya orangtua yang mahir membuat nya satu ketika dulu .Selain tu dah tentu meng'google' lah jawapnya.
Memang aku excited sangat sebab walaupun dah berusia ,ini lah pertama kali buat telor pindang sendiri.
Semua daun2 mudah dapat kat belakang rumah kecuali daun senduduk ,memang tak letak lah walaupun selalu nya daun itulah yang harus ada.

Daun yang aku gunakan
Daun pandan
Daun kunyit
Daun serai
Daun lengkuas
Daun jambu batu
Daun bebuas.
Bahan2 lain
Kulit bawang
Serai
Lengkuas
Halia
Jintan
Ketumbar
Kicap
Asam jawa(  aku ganti asam keping)
Garam
Caranya....
Semua  daun dan bahan lain kecuali kicap dan garam di masukkan dalam periuk.Kemudian atur kan telor atas dedaun tadi.
Setelah selesai masukkan lagi dedaun yang berbaki untuk menutupi telor yang disusun tadi.Masukkan air,kicap dan garam dan tutup dengan tudung periuk.Jerangkan atas dapur dengan api yang kecil.Memang memerlukan kesabaran ,,kalau nak makan sendiri boleh lah masak dalam sehari.Tapi kalau untuk majlis orang akan jerang hingga 3 hari untuk tahan lama.Tapi taklah berterusan,boleh je tutup sekejap api dapur tu.
Walaupun aku sedang jerang  telor pindang ikut resepi yang ada namun aku sempat juga berwasap dengan kawan group yang memang buat telor pindang untuk tempahan.Katanya nak lagi rasa herba masukkan juga 4 sekawan (rempah tumis) ,juga daun kedondong...ermm yang ni aku baru tahu.
Alhamdulillah akhirnya terhasil juga telor pindang yang aku buat dengan air tangan aku sendiri.Walaupun hanya buat 30 biji tapi dapat kongsi dengan jiran2 untuk  merasa.
Tips dari kawan juga,kalau telor dah masak dan dah sejuk ,oleskan dengan minyak masak agar kulitnya nampak cantek dan berkilat.Tapi kalau nak makan sendiri tak perlu lah nak cantik2 ,yang penting rasa kan....




10 comments:

  1. Sedapnya tu saniah..acik dulu masa aimi belajar di batu pahat selalu jugak singgah ayer hitam beli telur pindang.dah di utm ni tak tau kat mana nak beli.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di antara 'feveret' saya telur pindang, tetapi sukar untuk mendapatkannya di tempat saya.
    Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada akak sekeluarga. Moga diberikan kekuatan untuk mengisi hari-hari di bulan ini dengan ibadah kepada-Nya..ameenn

    ReplyDelete
  4. Sedapnya telur pindang kak..
    Peberet saya kalau jumpa telur pindang ni..
    Mesti beli punya..
    Tu hari gi kawin kat johor adalah dpt telur pindang ni..

    ReplyDelete
  5. Akhirnya ..... jadik pun telur yg diidam idam ek. Macamana rasa dia ? Sama tak dengan telur pindang orang? Sekali makan berapa biji SI? Sure berbiji biji ek!

    Mlm mlm jangan kentut tau haha


    ReplyDelete
  6. Lama tak makan telur pindang ni kak Saniah..
    Susah jumpa sekarang..

    ReplyDelete
  7. perosesnya lama, tapi makannya sedap...salam ramadhan dari bunda.

    ReplyDelete
  8. Salam penghujung Syawal kak Saniah..
    lama bebenar tak kesini.. moga semuanya baik2 je ya kak...:)
    Susah nak jumpa telur pindang ni.. jarang makan..

    ReplyDelete
  9. wow! sgt suka telur pindang.
    sedap.
    tapi anak2 aida x minat.
    kalau diorang dpt, aida yg tukang perabih!

    ReplyDelete