Total Pageviews

Thursday, 12 July 2018

Burasak dan lepat lui

Assalamualaikum
Sudah beberapa bulan tak update blog.Dalam usia yang semakin menginjak ni rasanya hari demi hari akan ku tinggalkan juga minat ku untuk berblog ni.Selain dari kekangan masa ,sekarang ni aku jarang bersendirian seperti sebelum2 ni.Ada je anak yang bergilir cuti sem peneman berbual.Banyak cerita kehidupan yang ingin diabadikan dalam blog untuk kenangan masa depan tapi sukarnya nak memulakan cerita.
Takpelah apa yang ingat saja yang ingin ku kongsi.Ini pun cerita raya Aidilfitri tempohari....raya dah nak abis pun kan baru makcik duk sibuk2 nk buat entry.
Raya ketiga beraya rumah sepupu.Seperti yang dijanjikan tuan rumah dah sediakan burasak dan lepat lui untuk kami.Raya kedua tu pun ke rumah sepupu yang lain seperti tahun2 sudah pasti makan burasak dan lepat lui.Pada yang tak tahu ia makanan orang bugis untuk hari raya.Tapi zaman la ni ada je jual walaupun bukan musim raya.Yang sepupu2 ni dah bersuami kan orang bugis ,dah mahir pulak mereka nembuatnya.Setiap tahun bila ke rumah sepupu raya kedua tu makan lepat lui dengan burasak bersama rendang dan kari juga lauk2 seperti makan ketupat biasa.Yang kami pergi sepupu raya ketiga tu betul2 pasangan nya lepat lui dan burasak makan dengan ikan parang masak asam pedas ....yang sebenarnya kata sepupu bukan asam pedas biasa tapi asam rebus yang pekat kuahnya.Digandingkan pulak serunding daging dan kambing masak kari special ....ermm dh lupa pulak namanya.
Kita orang yang dua keluarga ni tak pandang pun lauk lain dah.Teruja dah makan burasak dengan lepat lui  dengan ikan parang.
Yang adek aku dan isteri sambil makan sambil duk tanya cara dan resepi buat burasak dan lepat lui juga resepi lauk2nya....beria macam lah nak membuat.
Ini lah rupa lepat lui setelah dibuka dari bungkusan nya yang besar

 lepat lui yang masih berbalut dan terikat kemas ,dlm nya ada sepuluh ketul 

Ni pula burasak dalam balutan besar.Dalam nya juga ada sepuluh keping .Gambar burasak tak pula ada yang snap .Gitulah kalau dah berbual beria2  ....
Adek yang banyak sangat interview pasal burasak dan lepat lui ,akhirnya sepupu bekalkan untuk bawa balik ke Sg.Buloh....
Sebenarnya sepupu ni ibu tunggal ,walaupun suaminya dah beberapa tahun meninggal ,hasil dari selalu melihat mertua nya membuat burasak dan lepat ni dapat lh dia menerima tempahan orang sekarang ni untuk menampung 2 anak yang masih sekolah.
Sebenarnya bukan senang nak buat ,kalau takde minat atau kerajinan.Kata dia pucuk pisang yang diperlukan pun bukan boleh sebarangan .Nak merebus pun berjam2 baru mendapat hasil yang cantek.
Apapun memang terbaik burasak dan lepat lui yang dia buat....sedap.

10 comments:

  1. makanan tradisional ni kak, tapi saya tak pernah makan lah pernah dengar namanya sajalah

    ReplyDelete
  2. sama aida, tak pernah makan burasak :)
    nanti kalau jumpa, sure nak merasa.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa dan makan brusak dan lepat lui ni..
    Kat Johor je yg jual mknn tradisional ni ke kak..
    Pak mertua saya org bugis jugak..
    Tak cerita pulak pasal brusak ni..
    Kalau disini ada jual..
    Nak cubalah rasa 😊

    ReplyDelete
  4. Burasak le cik ti, hehe.

    Namanya pelik2 kan, tapi mesti rasa dia sedap banget kan.

    ReplyDelete
  5. Asslamaualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Pertsma kali dengar juadah burasak dan lepat lui. Macamna rasanya ye? tentu enakkan.. Saya sentiasa kagum dengan kesungguhan orang-orang lama yang menyediakan juadah tradisi. Bukannya mudah, dengan menggunakan peralatan lama, malahan rasanya pula enak...

    ReplyDelete
  6. Adoilah SI kenapa agaknya mood kita berblog semua ni merudum ? Kena sawan kot memasing huhu...

    Saya pernah makan benda ni SI masa pergi rumah makcik suami saya tahun lepas. Sedap jugakkan sebenarnya . Yang berbeza cuma pembuatannya jer, rasa dia sebenarnya sama je ngan ketupat dan lemang

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar burasak dan lepat lui ni tapi belum ada rezeki nak merasa. Ramai puji sedap :)

    ReplyDelete
  8. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar about Burasak tapi tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  10. Akak, dah nak raya haji, xder ke entri baru? πŸ˜€

    ReplyDelete