Total Pageviews

Monday, 24 September 2018

Iman dan UPSR

Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak menulis di blog suram ni,terdetik hati nak mengabdikan tarikh hari ini ...ya hari ini 24hb September....hari yang cukup bererti bagi anak bongsu ku Iman.UPSR kemuncak semua peperiksaan  di sekolah rendah.
Walaupun banyak dah pengalaman aku anak2 ambil exam , rasa cemas ,takut ,risau masih juga aku hadapi seperti ibubapa yang lain.
Iman....pelajaran dia setakat ni sederhana saja.Walaupun lebih cemerlang semasa tahap 1 tapi bila dah tahap 2 pelajaran nya agak merosot.Memang setiap tahun akan melangkah naik ke pentas untuk terima anugerah cemerlang tapi bukan lagi kedudukan dalam kelas ....sekadar matapelajaran  yang dikuasai nya je.
3 hari yang lepas dia kena demam panas dan selsema.Mungkin dijangkiti dari kawan sekelas .Memang dugaan bagi dia tak sehat disaat2 akhir ni.Malam tadi pun hampir dah nak semput,penyakit yang dah lama tak kena....mujor tak melarat hingga ke pagi.
Sewaktu nak tidur sempat dia tanya result UPSR kakak abang dia dulu.Aku kata mereka bertiga straight A' kecuali abang sulong nya 4 A 1B. Aku dapat rasakan dia agak rasa tertekan dan terasa rendah diri walaupun aku tak menaruh harapan yang tinggi .Cukup lah sekadar yang dia boleh buat.Bukan salah dia kalau kurang menyerlah  tapi aku sendiri yang rasa kurang beri perhatian pada pelajaran dia.Almaklumlah dah berusia.Jarak umor  dengan abang nya juga salah satu faktor ,silibus pelajaran dah berbeza .Kalau satu ketika dulu masa abang kakak dia sekolah rendah  aku mampu buat soalan latihtubi untuk mereka dengan berpandukan soalan2 tahun sebelum nya. Aku sendiri seperti tak percaya bila ingatkan balik sebab hanya gunakan tulisan tangan je.Kalau sekarang memang tak lah...pegang pen sekejap pun  jari dah kebas😐
Kakak2 dia dulu memang rajin buat latihtubi samada buku latihan yang dibeli atau yang aku buat .Tapi kalau abang2  ,kalau dah kata lelaki memang berbeza....sesekali bila buka ,ermm banyak yang tak dibuat nya.Tu yang rasa membazir nak belikan buku latihan.Aku pun tak tahu cara mereka belajar.
Abang2 kakak2 nya dan Iman sendiri memang kami tak pernah hantar ke kelas tuisyen berbayar.Bukan takde keinginan tapi memang tak berkemampuan memandang kan kos pengajian anak2 melebihi dari pendapatan.
Upsr bukanlah bawa ke Universiti tapi ia nya penentu untuk ke mana2 sekolah.Iman memang kami tak mohon kan kemana2 SBP atau MRSM...tak sanggup nak pisah jauh....cukup lah sekolah yang terdekat.Itupun dia dah berangan nak tinggal di Asrama Pusat..alahai anak semakin sepi lah kami nanti.😢
Waktu sekarang dah 2.30 petang ,Iman masih berada di sekolah.Katanya ada kelas tambahan matapelajaran untuk exam esok.Sekolah agama memang pihak sekolah dah beri maklum  untuk diberi cuti seminggu ni.Makan tengahari disediakan untuk budak upsr ni...lega lah ibubapa.Kalau tak kesian budak2 dari pagi di sekolah.Lebih2 Iman ,masa sarapan pagi hanya makan biskut kering 2 keping dengan secawan kecil air teh.Mujor juga makanan yang disediakan yang boleh Iman makan kalau tidak memang berlapar lah dia...tahu je lah Iman yang cerewet pasal makan.
Apa pun semoga Iman dan anak2 yang hadapi upsr minggu ni akan diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan menjawab soalan2 peperiksaan .
GOOD LUCK Iman





10 comments:

  1. Good luck buat iman..


    Alahaiii UA pula terasa debaran..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak saniah...inshaAllah iman pasti boleh. Didoakan moga iman dimudahkan utk menjawab setiap soalan

    ReplyDelete
  3. Semoga iman dpt jwb dgn baik ye kak.
    Teringat bwrita tadi petang, katanya kementerian tak nak tekankan sangat upsr ni sbg exam peringkat persijilan spy ibubapa dan murid tidak stress sangat. Tidak ada sidang media atau pengumuman besar2 masa keluar result nnt. Betul juga kan.

    Apa2pun semoga iman success seadanya.

    ReplyDelete
  4. Semoga Iman dapat menjawab semua soalan peperiksaan UPSR yang ditempuhi.
    Mudah2an berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  5. Semoga Iman dapat menjawab dengan tenang..aamiin

    ReplyDelete
  6. Good luck iman semoga iman dapat keputusan cemerlang

    ReplyDelete
  7. Dah hari terakhir UPSR 2018 hari ni kan.. mudah-mudahan Iman dapat menjawab dengan baik, insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Selesai sudah upsr ye kak saniah..
    Semoga mendpt keputusan yg cemerlang.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Moga Iman beroleh kejayaan yang sangat membanggakan...

    ReplyDelete
  10. Betullah SI bila sampai yg bongsu ni mmg berbeza cara kita memantau diaorang. Saya pun rasa mcm tu. Rasa semakin longgar dan kurang beri perhatian. Tapi anak anak SI cemerlang semuanya, so tak delah nak risau sangat.

    Entahlah SI malas saya nak fikir kadang kadang ... berserah ajelah. Malas nak serabutkan kepala hihi

    ReplyDelete