Total Pageviews

Wednesday 27 March 2019

22hb Mac

Assalammualaikum
22 Mac tarikh lahir ku...bermakna berganjak setahun lagi usia.Semakin pendek lah waktu untuk menemui Nya.
Diusia2 emas ini tidak lagi mengharap apa2 ,cuma mahukan kesehatan yang baik agar dipermudahkan ibadah dan tidak menyusahkan keluarga untuk menguruskan.
22hb ni hari Jumaat ,hari bekerja...takde lah nak masak2 speacial kalau untuk tekak aku dan Iman saja.Bos kami ada anual dinner petang tu.Fateha pulak balik dah petang2 kala.
Bosku bawa Iman sekali untuk dinner syarikat nya tu...sesuatu yang dia tak pernah buat sepanjang dia kerja sejak lebih suku abad yang lalu walaupun digalakkan bawa keluarga.Lepas dorang pergi sorang je lah aku di rumah menunggu Fateha balik kerja.Menjelang Maghrib baru Fateha sampai rumah.Masuk je dalam rumah dia suruh bersiap untuk keluar.Usai solat Maghrib call bosku dulu minta kebenaran untuk keluar.
Walaupun malam tu hujan ,redah je untuk pergi ke destinasi yang nak dituju.Fateha kata nak bawa mak ke SR untuk makan2. Walaupun aku lebih suka kalau dibawa ke warung2 maklumlah tekak orang kampung....tapi dia berkeras juga untuk ke SR.Memang rasa janggal makan2  hanya berdua.
Dibelikannya sepotong kek cheese tanda harijadi katanya.
Walaupun pada mula nya nak set untuk berdua tapi aku pilih ini
Lagasne
Fateha makan chicken chop je
juice apple dan air suam untuk orang yang  diet kononnya☺
Jenuh kami nak habiskan....kalau ada Iman boleh tolong licinkan tapi Iman pun ketika itu dengan ayahnya dah kekenyangan.Kata bosku Iman bedal bercucuk satey...Ermm rezeki kan ....cuma takde rezeki cabutan bertuah.
.

9 comments:

  1. Selamat ulangtahun. Kata orang: si muda isi masa mengejar cita cita. si tua isi masa melayan kenangan...

    ReplyDelete
  2. SANAH HELWAH SAN MOGA SHT SJHTRA DLM LINDUNGAN ALLAH

    ReplyDelete
  3. selamat panjang umur dan dipermudahkan segala urusan sis hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selamat ulangtahun kelahiran saniah..semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik9leh Yang Maha Esa..Aamiin

    ReplyDelete
  5. Happy Bezday SI.... moga dipanjangkan umur dengan umur yang berkat, dimurahkan rezeki, diberikann kesihatan yang baik, dan sentiasa dlm kasih sayang dan rahmat Allah.
    Untunglah jadi bezday girl dapat makan kek.... nak pegi makan kek jugaklah hihi....
    Seronok ye SI ada anak yg dah kerja.... bolehlah menumpang makan. Bila anak belanja ni sedapnya sure lain macam

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah kak, maaflah twrlambat mengucapkannya almaklum kak, dah jarang sangat memblog, hehe..
    Semoga akk dan keluarga dlm rahmat dan kasih sayamg Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak
    Selamat hari ulangtahun kelahiran buat akak. Moga setiap ruang kehidupan sentiasa terisi dengan rahmat dan kebaikan-Nya.. amiin

    ReplyDelete
  8. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete