Total Pageviews

Monday 15 April 2019

telur pindang lagi

Assalammualaikum
13hb April adek ipar buat majlis perkahwinan 2 anak perempuan 1 anak lelaki nya serentak. Aku buatkan sedikit telor pindang untuk mereka .Sedikit je sekadar 200 biji je untuk bunga pahar katanya.
Daun2an tak susah nak cari.Ada je kami tanam kat belakang rumah kecuali daun senduduk ...itu kerja bossku lah mencari .
Part menyediakan daun2 dan membersihkan memang leceh tapi bila dah jerang kat api ...boleh relax je ...cuma nak jaga api takut terpadam sebab guna api kecil.
setelah tu boleh lh menyediakan daun/ bahan
daun jambu batu
daun serai
daun lengkuas
daun pandan
daun kari
daun kunyit
daun kedondong
daun senduduk
daun manggis( tak de)
serai
lengkuas
kulit bawang merah
jintan dan ketumbar( dikisar kasar)
kicap
garam
Segala dedaun kena bersihkan dulu ...begitu juga dengan serai lengkuas sebelum disusun dalam periuk.

seterusnya susun dedaun herba tersebut dalam periuk

kemudian aturkan telor yang telah dibasuh sebelum tu ke dalam periuk .Kerja2 ni bossku yang buat sebab tu telor asal letak je .
Seterusnya letak lagi dedaun atas telur tersebut ...aturkan telur lagi .Begitu selangseli sehingga telur habis.Atas sekali taruk lagi dedaun...kulit bawang dan taburkan jintan ketumbar.
Boleh letak atas dapur sebelum bubuh air...kalau tidak boleh patah pinggang nak angkat.Bubuh air ..masukkan juga kicap dan garam secukupnya.Tutup rapat dengan tudung periuk.
Boleh buka api...guna kan api kecil.Biarkan selama 3 atau 4 hari.Tapi biasanya aku akan tutup api sejam atau dua jam waktu siang kemudian buka semula sehingga lebih kurang pukul 10 mlm...suboh buka semula api...begitu lah hari2 sehingga 3/4 hari.Takut wei nk biarkan api dapur terbuka semalaman ...


 hari kedua dah terhasil sempurna.
 Alhamdulilah setelah hari ke 4 dah boleh angkat.Tak sempat nak snap lelebih telur yang disusun atur sebab perlu bersegera untuk bawa ke rumah adek ipar di Pontian petang tu juga.Tapi satu kepuasan bila dapat hasil yang sempurna...lebih baik dari buat sebelum2 ni.Tak banyak yang retak .
Tapi part nak keluarkan dari dalam periuk panas tu memang seksa...bila kena buat sorang....tapi usaha kan tangga kejayaan...hihii pujuk diri sendiri.


6 comments:

  1. Leceh buat telur pindang ni
    Ramuannya banyak, rebusnya lama guna api kecik aje
    Tapi rasanya memanglah sedap.

    ReplyDelete
  2. Kak saya pun suka telur pindang ni, tapi org Johor je yg saya tau tabah membuatnya hehe.
    Kak, bukan kena ada akar pokok kelapa juga ke?
    Tahniah krn berjaya membuat telur pindang

    ReplyDelete
  3. Asslamaulaikum kak, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Telur pindang, feveret saya tu. Kalau dekat mahu sahaja saya minta kat akak hehe. Tapi leceh juga nak menyediakannya..kalau tak ada sifat sabar rasanya tak dapat nak buat...

    ReplyDelete
  4. Anak dengan bapak anak dalam rumah ni suka telur pindang ni SI.... Kalau dapat telur pindang masa kenduri kawen mmg diaorang yg perabiskan.
    Mcm senang je buatnya ye SI, cuma leceh sikit nak cari bahan dia tulah.....
    Yelah, takut jugak bukak api siang malam tak ada tutup tutup ek

    ReplyDelete
  5. Telur pindang kegemaran saya sekeluarga gak..
    Bila dpt dua biji telur Tu kena kerat dua lah hihihi..

    Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin buat Kak Saniah sekeluarga 😍😘

    ReplyDelete
  6. Salam Kak.... asyik entri Telur Pindang je.. Telur lain tak de ke kak hihi

    ReplyDelete