Total Pageviews

Monday 23 June 2014

Hari hari yang sibuk

ASSALAMMUALAIKUM
Hari hari yang sibuk ...sehari sebelum, ambil Azim di asrama,seawal 7 pagi 21hb yang lalu sudah bertolak ke bandar Johor Bahru untuk ke majlis anugerah  cemerlang untuk dia.Olehkerana jemputan hanya untuk ber3 tak lah bawa Iman bersama, Ada sekolah ganti tapi Iman ponteng ...dah ibunya tiada siapa nak siapkan dia ke sekolah . Tumpangkan Iman di rumah jiran dengan berbekalkan handset dan komik .
Majlis dimulakan agak lewat dari yang tersenarai dalam surat jemputan .Tamat pun lewat .Telipon asyik berbunyi msg ,Iman asyik bertanya bila balik,katanya bosan amat2 tanpa kawan sebaya..
.apa pun makan tengahhari disediakan .Hidangan nasi Arab dan lauk pauk yang menyelerakan .tak ketinggalan sambal belacan tomato (tak snap pula hidangan ,malu oooo dgn tetamu lain).....apatah lagi perut sudah berkeroncong .Selesai makan terus segera keluar majlis .


Setelah selesai satu urusan terus pergi ke asrama Atiqa kerana ada sedikit urusan untuk berjumpa dengan dia .Mujorlah sekolah dia di Johor Bahru juga walaupun terpaksa pusing2 bandar .Bila jumpa dia sekadar berbual dalam kereta kerana kesuntukan masa.Wajah dia pun kelihatan keletihan ,katanya baru selesai majlis sukan sekolah.
Pulang ke rumah  cuma sebentar tergesa2 nak hantar Azim kembali ke asrama pula...dah peraturan asrama perlu hantar masa yang ditetapkan ....walaupun semalam 22hb Jun aku pergi juga ke sekolah dia lagi kerana Hari Terbuka.
Pukul 8 malam kena hantar Iman ke dewan untuk persembahan zapin nya yang pertama.Majlis ni pun sebab meraikan pelajar2 dari UTM Skudai di malam Semarak Kasih.Olehkerana keletihan kami balik dulu dan datang semula untuk melihat persembahan zapin ....tapi bila tiba mereka sudah pun hampir selesai menari......snap gambar dah selesai je lah....Apa pun keesokannya di hari penutup program , perlu lagi buat persembahan kerana ramai yang tertarik dengan persembahan anak2 kecil ini.....Sekali lagi kami terlepas untuk menyaksikan.....

7 comments:

  1. Memang comel acara anak2 kecil ni..

    ReplyDelete
  2. Alah sayangnya tak dapat tengok Azim menari Zapin ye Saniah.. Tengok gambar Azim pun dah comel tu.. mesti masa menari pun comey jugak tu :)

    ReplyDelete
  3. Sibuk betul SI. Tapi Iman tu memang nampak comellah bila dah berpakaian zapin. Kakak suka juga tengok bebudak berzapin. Hari itu kakak ternampak di Plaza Angsana pun ada..

    ReplyDelete
  4. comel2 adik2 berzapin...tarian yg tak lapuk dek zaman..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Azim....apa agaknya tip tip nak dapat anak pandai pandai ni yeh SI...meh le share...
    Sian Iman...mama tak dpt tgk persembahan dia....macamana agaknya dia menari yeh SI ...

    ReplyDelete
  6. segaknya Iman dgn baju melayu biru. walaupun tak tengok dia menari zapin, dah agak mesti comel..

    ReplyDelete