ASSALAMMUALAIKUM
10 Ramadhan 1435
4 hari sebelum Ramadhan 2004 bapa mertua ku kembali ke Rahmahtullah .Kali pertama aku dan suami menguruskan sendiri hal2 kematian dibantu oleh saudara mara dan jiran tertangga.Ketika tanah kubor masih basah lagi......10 Ramadhan 2004 hanya selang 2 minggu pemergian bapa mertua ku ,ibu mertua ku pula menghembuskan nafas terakhirnya.Terkesan juga dalam diri aku kerana sepanjang perkahwinan mak mertua tinggal dengan kami....terasa sangat kehilangan nya.Apatah lagi suami ku sedih amat....
namun reda dengan kehilangan kedua ibubapa nya dalam bulan yang sama ...Olehkerana mereka meninggal dalam jarak yang hampir....pusara mereka bersebelahan tanpa diselangi yang lain.
Kini 10 tahun telah berlalu namun kenangan itu tak mungkin dilupai....AL FATIHAH
sedihnya dan sayu pasangan kekasih mengikut pergi bersama selepas 2 minggu... semoga lebih redha.. merindui mereka dalam doa..
ReplyDeletesemalam jugak genap 5 th abg ipar saya pergi..ketika itu anak bongsunya baru 4 bulan..dia meninggal akibat terjatuh dari bumbung rumah..katanya nak baiki bumbung,utk adik beradik berkumpul bila raya...
ReplyDeleteal-fatihah..semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman.
ReplyDeletesalam kenal n selamat berpuasa ye kak..
Alfatihah...semoga mereka ditempatkan bersama orang2 solihin.
ReplyDeleteMasya-Allah bagaikan sehidup semati mereka dijemput Allah ke alam sana ye SI. Bulan ini bulan kerehatan buat mereka di sana..
ReplyDeleteSehidup semati pasangan mertua SI..alfatihah..moga mereka di tempatkan bersama dikalangan orang2 yg soleh dan solah.amin
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah.....mmg salute dgn SI jaga mertua sehingga hayat mereka pulak tu... Bukan mydah dugaan menjaga org sakitkan SI..
ReplyDelete