Total Pageviews

Thursday, 17 July 2014

Al FATIHAH

ASSALAMMUALAIKUM
19 RAMADHAN 1435
       Suasana pagi agak sendu kelihatan cahaya kilat memancar dari jauh dan awan hitam nampak berarak lembut namun sehingga tengahhari ini belum ada setitis hujan pun yang turun ke bumi.Suasana suram bagai mengerti kesedihan seorang isteri kehilangan suami ,seorang anak kehilangan ayah ,seorang ibu tua yang kehilangan seorang lagi anak.
     Selesai berbuka kami dikejutkan kawan suami yang juga anak jiran ku telah menghembuskan nafas terakhir.Meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia 16 tahun.Telah selamat disemadikan diawal pagi tadi .Sebak rasa hati bila melihat isteri dan anak kehilangan orang tersayang disaat menjelang lebaran tak berapa hari lagi.Namun menurut ibunya masih sempat menunaikan zakat fitrah untuk anak isteri dan ibunya.
Masih mampu berpuasa walau tidak sehat....Ramadhan ini benar2 terakhir untuk nya.Al fatihah....
   Balik rumah melihat WHI mengesahkan banduan akhir seorang wanita tak dapat menahan airmata ku luruh bila melihat luahan2 nya yang bakal menunggu mati.Mungkin ramai diluar sana yang merasai kesedihannya sehingga pengacara juga turut mengalirkan airmata.Namun masih aku ingat kata2 ustaz jemputan nya berkata walau apa cara pun kematian tak penting.....yang penting mati dalam iman....
    

9 comments:

  1. Takziah buat jiran Kak Saniah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.
    Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Takziah, kat tempat wa pun dua hari lepas ,ibu mengandung 5 bulan meninggal sbb accident dgn lori..sedihh sangatt..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah...Allah lebih menyayangi beliau..

    ReplyDelete
  4. Alfatihah dan salam takziah buat jiran saniah.

    ReplyDelete
  5. Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
  6. salam takziah..alfatihah..

    ReplyDelete
  7. Sedihnya... sungguh mati itu benar dan kita semua pasti akan menemui mati. Qullunafsin zaiqotulamut (setiap yg hidup pasti akan melalui mati). Itulah janji Allah... moga yg pergi ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..

    ReplyDelete