Total Pageviews

Friday, 22 August 2014

kesedihan Iman

ASSALAMMUALAIKUM
cuaca diluar sana agak suram seperti turut sama berkabung atas kepulangan jenazah2 ke bumi Malaysia.melihat lintas langsung di kaca TV hati sayu dan sebak melihat satu persatu keranda diturun .Doa dipanjat agar mereka yg Islam di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin
Iman juga turut merasa kehilangan walaupun bukan kehilangan yg abadi tapi perpindahan seorang guru ke sekolah lain amat terkesan dihatinya.Semalam ada sambutan hari raya di sekolah ...gembira sungguh dia masa nak pergi sekolah apatah lagi menggayakan baju melayu hitam nya itu.
Olehkerana jadual waktu sudah ditukar ,pada hari rabu dan khamis kena masuk sekolah seawal12.20 dan balik 5.10.ptg.Waktu  sampai di rumah Iman mendiamkan diri dan matanya merah membengkak.Terfikir aku apakah dia tak suka oranglain menjemputnya bila si ayah waktu2 begini memang belum balik lagi atau dia bergaduh atau kena buli di sekolah.Bila ditanya berulangkali baru dia nak cakap "Puan Aisyah nk pindah" katanya sambil sambung tangisnya.Alahai ....sayu pulak hati melihat dia menangis,terus aku berlalu ke dapur  menahan sebak.
Fateha bagitau Iman tak macho lah lelaki menangis walaupun sedih...."habis airmata dh nk keluar camne,mula2 Iman tahan2" kata dia."Tadi cikgu baca sajak sedih ....cikgu pun nangis sama"Bagitau dia boleh berhubung lagi  facebook,telefon dan segala mcm kn ada.Cikgu tu cuma berpindah....Begitulah terkesannya pada anak2 murid ini walaupun cuma mengenalinya pada  tahun satu tahun lepas.


3 comments:

  1. Bila kasih sudah bertaut tak mustahil perpisahan akan mengundang airmata SI. Kakak rasa itulah yg anakanda Iman rasakan. Walau Iman masih kanak-kanak tapi naluri kasih dah tersemat dihati... kesian..

    Samalan dgn keluarga MH17 ni lagi hebat tekanan yg mereka rasai. Sedih:(

    ReplyDelete
  2. Kesian iman. Memang sedih nak berpisah dengan orang yang kita dah start sayang kan..

    ReplyDelete
  3. Sentimental jugak rupanya Iman ni orangnya.....
    Ada sesuatu pada cikgu tulah agaknya yg Iman sayang sangat tu..... seronoknya jadi guru yg disayangi anak muridkan SI...

    ReplyDelete