ASSALAMMUALAIKUM
Sebelum anak bujang aku berangkat ke Langkawi untuk pratikal nya sempat aku dan dia melawat Atiqa di asrama.Balik singgah di Aeon beli kan sedikit jajan utk Iman yang kena tinggal sebab takut Atiqa dijangkiti apatah lagi dia bakal menghadapi trial Spm 24hb ni.Beli kan sedikit muffin.... minum petang bersama sebelum Azim kembali ke asrama.
manisan seperti muffin ni ditambah dengan pelbagai rendang2 dan segala bagai makanan apatah lagi open house di sana sini....bertimbun2lah nampaknya lemak2 dan kolestrol.Kena cover balik masak makanan yang sehat untuk hidangan kat rumah.Ayam ,ikan biasanya bakar /panggang.pais,kukus atau sup.Sayur pula buat masak bening atau kerabu dan ulam2an.Kalau nak makanan bergoreng juga guna sedikit minyak.Ikut kan je apa yang anak bujang aku sarankan....setakat ni ok lagi sebab suami pun suka ayam atau ikan bakar.Tapi Fateha dah menegur ....macam makanan orang sakit je....huhuuu.... ialah tu.... kata nak jaga kesihatan.
Memang betul kak saniah.. kena cover balik.. pastu lemak2 kena bagi buang ehe :)
ReplyDeleteikan pais sedap.. macam orang sakit pun saya suka.. haha
ReplyDeleteAnak acik pun dah terbiasa.kalau tak de pedas.memang tak jalan.yang peliknya goreng telur boleh pulak
ReplyDeleteTahun ini kak zai tak merasa pergi rumah terbuka sebab selalu ikut hubby outstation. Jadi kurang sikit makan lemak2. Tapi makan kat luar pun ada juga makanan yamg kurang sihat.
ReplyDeleteakak pun habis puasa 6 masak yg rebus dan bakar2 saja.banyak sngt kolestrol yg dimakan..
ReplyDeleteSedap kek untuk bekalan anak akak.
ReplyDeleteSamalah kakak sejak-sejak ini pun stim/bakar ikan aje. Tapi anak kakak suka ikan stim jadi senang nak gayakan. Tukar stim nyoya, stim halia, bakar pedas, bakar halia. Sayur bening memang sedap - letak soohun sikit. Kakak suka:)
ReplyDeleteAnak anak kat rumah ni tak suka mufin mufin gitu SI....boleh le kot makan tp taklah banyak....
ReplyDeleteTulah risau gak ni ....rumah ni menu tiap tiap hari asyik bergoreng jer...huhu
Saya pun suka malan masakan stail stim.tapi rumah tak ramai takut tak habis. Stim ni sedap makan once off je perangat tak sedap dah.
ReplyDelete