Total Pageviews

Friday 31 October 2014

November yang bermakna

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat yang barakah
Esok 1 Nov.menginjak setahun lagi usia Atiqa ,kini sudah menjadi remaja 17 tahun.Bukanlah hari yang menyeronokkan disaat SPM akan bermula beberapa hari lagi. sedaya mungkin akan melawat dia di asrama ,bukan sebab hari lahir dia saja tapi untuk beri semangat dan restu untuk dia hadapi saat getir yang akan menentukan arah tujunya kelak.
Menjadi pelajar harapan sekolah bukan sesuatu yang membanggakan tapi juga satu tekanan .Bukan saja dia yang stress tapi aku juga turut tertekan melihat dia bertungkuslumus belajar.Biarlah masa berlalu dan SPM cepat berakhir agar lapang fikiran dia dan kami juga .
Moga Iqa dan kawan2 diberi ketenangan untuk hadapi kertas2 soalan periksa.Moga perjuanganmu tak sia2.
Jadi lah insan yang cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat juga.

 rindu saat kecilnya

7 comments:

  1. Oh.. ye SPM dah kian menghampiri pelajar. Anak-anak kakak pulak sukalah dah nak cuti panjang. Moga Iqa mampu menjadi yg terbaik dan cemerlang dunia akhirat. Itulah harapan kita sebagai mak/ayah kan SI.

    ReplyDelete
  2. Semoga Iqa dapat menjawab peperiksaan SPM dengan tenang dan moga beroleh kejayaan kak saniah.. Harapan setiap ibubapa kan kak saniah hendak anaknya berjaya didunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  3. gud luck atiqa!n selamat hari jadi ye..

    ReplyDelete
  4. SPM bermula 3 hb,kan...semoga anakanda bertenang dan menghadapinya dgn penuh yakin..

    ReplyDelete
  5. Semoga Iqa beroleh kejayaan yang cemerlang In shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. semoga anaknda SI sentiasa di rahmati Allah..

    ReplyDelete
  7. Gud luck buat Atiqa....
    Betul SI...bukan budak jer yg stress mak paknya mmg ikut stress samakan.... Insyaallah kalau dah mmg cemerlang, cemerlanglah jadinya...

    ReplyDelete