Assalamualaikum
Salam Jumaat
Semalam sewaktu aku duk relax2 menghadap telefon ,tersentak seketika bila ia berdering.Berdebar bila tertera nombor tak dikenali.Bimbang kiranya panggilan dari hospital berkaitan dengan sakit aku tempohari.
Bila aku jawab panggilan tu ,terus bertanyakan tentang Azim.Rupanya panggilan dari MRSM ,katanya Azim dapat tempat di sana .Mungkin rezeki Azim agaknya ,dia boleh dapat padahal dia takde pun buat ujian ataupun rayuan.Selepas PT 3 tempohari pun dia saja2 memohon ,taklah terlalu mengharap.
Sekarang ni dah pun pertengahan tahun ,bila tanya Azim semalam pun dia dah tak berminat sebab dah sebati dengan sekolah teknik sekarang ni,katanya....ke tak mau tinggal kan awek kat sini....hihiii.
Sebenarnya aku sendiri lebih suka dia terus kan di sekolah sekarang kerana takde budget untuk pindah sekolah lagi.Tambahan dah setengah tahun ni banyak yang perlu di kejar kelak bila ke sekolah baru......Bimbang yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Kalau nak belajar dimana2 sekolah pun boleh saja,janji usaha....pesan padanya.
pilihan terbaik tu.
ReplyDeleteadik saya pun pilih masuk form six daripada terus masuk U selepas SPM.
habis STP masuk U juga...
sekarang dah jadi inspektor...
dimana2 pun ok kan kak..yg penting rajin belajar & usaha.. azim dah buat pilihan yg dia berkenan, terus kan lah belajar kt sana.. mudah2an terus di permudahkan proses pembelajaran
ReplyDeleteMemang betul saniah kat mana pun boleh berjaya syaratnya usaha lebih sikit. Anak2 kak Zai semua sekolah biasa alhamdulillah bukan nak riak tp semua berjaya.
ReplyDeleteSUSAH JUGA KALAU BERPINDAH SEKOLAH N NAK SESUAIKAN DIRI DGN SUASANA BARU...AZIM PUN DH OL DI SM TEKNIK ELOK SGTLH TU TERUSKAN BLJR DI SITU SAJA.
ReplyDeleteKeadaan semasa juga perlu diambil kira, lainlah kalau dari awal tahun.
ReplyDeletebetul kak.. tak kisahlah di mana, asalkan ada usaha.. ;)
Hero bongsu acik dulu pun pilih sek.men teknik..dekat ngan rumah katanya
ReplyDeleteHero bongsu acik dulu pun pilih sek.men teknik..dekat ngan rumah katanya
ReplyDeletealhamdulillah rezeki,apapun pilihannya pasti yang terbaikkan kak
ReplyDeleteDimana2 sekolah pun sama saja, yang penting usaha tu ada, kan kak.. Semoga Azim terus berjaya.. :-)
ReplyDeleteAsalkan ada usaha ye dak saniah kaknoor doakan semoga berjayalh walaudimana pun belajar
ReplyDeleteSaya setuju Saniah... lagipun dah setengah tahun. Ni time nak pikir pasal nak sambut ramadhan dan raya pulak. Lagipun dia dah selesa di sekolah yg sekarang ni. Biarkan je... yang nak belajar dia.
ReplyDeletekita akan rasa selesa dgn apa yg telah biasa kita lalui..
ReplyDeleteutk memulakan dan menyesuaikan diri ditempat baru pasti mengambil masa..
Dah rezeki anakkan, Kak Saniah. Tapi itulah, rezeki sampai lambat sangat. Banyak perkara nak kena buat kalau nak berpindah sekolah pulak. Takpalah, dah serasi di sekolah teknik, kekalkan ajelah di situ.
ReplyDeleteP.S. Kalau girlfriend tau, mahu nangis-nangis tak bagi pindah sekolah. Hehehe!
Lambat sangat panggilnya. Dpd Azim teruja, dah jadi hambar pulak....
ReplyDeleteBetul tu SI kalau dah mmg cerdik tu duk mana pun tetap cerdik hihi...
Jimat pun jimat....kan SI