Total Pageviews

Monday 30 May 2016

Kenangan itu

Assalamualaikum
Malam sabtu singgah klinik untuk beli ubat ....beli saja tanpa jumpa doktor.Ubat untuk alahan kulit hanya sesuai di satu klinik ni.Aku turun sendirian sementara suami tunggu di kereta saja.Agak lama juga menunggu walaupun pesakit tak ramai.Keluar dari bilik doktor sepasang suami isteri menolak wheelchair seorang ibu tua yang tak sehat.Walaupun hanya lalu seketika dihadapan ku, bergenang airmata ku menahan sebak.Terbayang diruang mata satu ketika dulu pengalaman yang sama kami lalui menemani mak mertua dan mak sendiri. Rupanya di luar klinik suami juga memerhatikan ibu tua yang dalam kepayahan masuk dalam kereta dibantu oleh anak dan pekerja klinik tersebut.Dah tentu terkesan dihati nya ,bagai terimbas kembali rutinnya satu masa dulu.


11 comments:

  1. sedihkan kak kalau tengok situasi yang pernah kita lalui didepan mata. saya tak smepat pun nak jaga arwah mak dan ayah saya, mereka pergi dengan mudah tanpa sakit, tapi itulah secara tiba2, belum sempat nak bermanja dan belum sempat membalas budi mereka dengan lebih lagi, tapi Allah lebih sayangkan merekakan.

    ReplyDelete
  2. saya belum penah merasai saat begini
    apatah lagi rasa kehilangan org tersayang...
    kalau setakat suami sakit, pun dah terasa sedihnya
    kalau begini lagi lah kan.

    ReplyDelete
  3. n3 ni pendek saja tapi amat menyentuh hati...kak juga seorang ibu tua yg uzur n anak2 menjaga kak dgn prihatin sekali...syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Betul bila kita melihat sesuatu yg pernah kita alami hati kita pasti akan tersentuh.

    ReplyDelete
  5. Kak Zai pun pernah jaga arwah mak sedih kan saniah bila terimbas kembali.

    ReplyDelete
  6. Saya ni sempatlah juga menjaga arwah abah ketika sakit. Yang buat terkilan kerana tak sempat menatap wajahnya ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Sampai-sampai di rumah aje, arwah dah takda. Apa-apa pun saya rasa cukup indah pengalaman yang ada antara saya dengan arwah abah. Sekarang ni cuma tinggal emak sahaja itu pun emak dah banyak lupanya ...

    ReplyDelete
  7. Saya kagum dengan SI.....mampu menjaga ibubapa dan mertua sehingga ke akhir hayat. Walaupun ganjarannya besar tp saya percaya tak semua orang mampu....
    Beruntunglah SI dan suami kerana telah melepasi ujian yg hebat tu.

    Tahniah SI....

    ReplyDelete
  8. memang sedih kan Saniah..leih2 lagi bila nak Ramadhan ni teringat pada yang dah tiada

    ReplyDelete
  9. Ini masa ibu tua itu.. masa kita tak tahu lagi bagaimana...

    ReplyDelete
  10. Bila kita dah merasai nya Kak Saniah...
    Akan terasa kesannya dihati kita kan kak..
    Saya bila tengok yg macam tu pun..
    Akan mula teringat arwah mak dan abah..
    Alhamdulillah dapat menjaganya disaat akhirnya..
    Bersama-samanya disepanjang hidupnya..

    ReplyDelete
  11. Betul kata Anom..tak semua orang mampu menjaga ibu yg sedang saki.. walau hati tetingin..di sebbkan keadaan tertentu membuatkan kita tak dpt menjaga ibu dn ayah yg sakit..sob..sob..sob

    ReplyDelete