Total Pageviews

Wednesday, 17 August 2016

Lepat pisang bersago.

Assalamualaikum
Encik suami kata buatkan lepat pisang kapas yang dah masak yang dia tebang tempohari. Teringin agaknya ,dengan rajin nya pergi lah dia ke kedai untuk membeli tepung yang hampir kehabisan stok kat rumah ni. Sementara tu aku siapkan apa yang diperlukan serta memanaskan periuk kukus. Kebetulan ada sago biji, aku campurkan sekali dalam lepat pisang kapas ni. Aku ikut resipi yatie ,tapi banyak derhakanya...maaf yatie.Pisang kapas ntah berapa biji akak masukkan agak banyak juga sebab dah terlalu masak.Tepung pun akak campurkan sedikit tepung beras selain tepung gandum.Akak tak masukkan kelapa parut tapi gunakan sedikit santan.
Encik suami balik dari kedai tolong ambil daun pisang dan tolong gaul adunan yang aku siapkan.Sedang aku dan suami sibuk di dapur sambil aku membungkus lepat ,masa itulah Azim tepon kata dapat MC dan nak balik rumah.Dengan tergesa2 suami bersiap untuk mengambil Azim di asrama .Aku pinta Iqa temankan ayahnya yang kelamkabut tu.Aku yang sendirian di dapur pun dah mula risau .Membungkus lepat pun dah tak de seni ....tak comel pun semua demuk2.Makcik jiran yang aku hantar pun kata makan satu pun kenyang ni....hihiii....apa2 aja lah asal jadi.
Bukan saja fikirkan tentang Azim tapi si ayah yang beria nak makan lepat....bimbang kempunan.
Masa mereka dah balik dan anak2 semua ada kat rumah....kuih lepat yang dah pun siap dimasak ,semua ambil beberapa ketul seorang.Tak sedar tinggal 2 je dalam loyang....padahal aku buat 2 bekas .Alhamdulilah semua suka makan walaupun budak demam ,tapi tekak tetap berselera. Yang paling suka dah tentu si ayah dan Iman.Panas2 lagi laju je di hadap beberapa ketul.Selain memang suka lepat pisang ,mungkin ada anak2 depan mata selera makin brtambah.
          Foto: hanya ingat nak snap bila dah hampir licin.

10 comments:

  1. Laki saya pun suka ni SI. Tapi dah lamaaaaaaaa sangat tak melepat sendiri beli jer hihi...Bukan apa setakat nak makan sorang 3 ketul macam tak berbaloi pulak nak membuat. Cakap ajelah malas hihi.....

    ReplyDelete
  2. Saya lagi suka lepat pisang biasa macam ni daripada ada letak kelapa parut tu. Yang tu tak best. Sekarang ni nak beli (beli sesaja, buatnya tak pernahlah tu ^_^) lepat pisang pun susah nak jumpa, kak!

    ReplyDelete
  3. tu la kasih nye isteri pada suami...risau takut kempunan..:')
    alhamdulillah semua pon sampai dgn selamat dan dapat makan belebat pisang sampai kenyang...belebat makan panas2 pastu lebih pulak tu isi pisang nye...alaaaa mak tuan sodap tak hengat kak oiii...hahaha :p

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA LEPAT PISANG BERSAGO BOLEH CUBA NI

    ReplyDelete
  5. sedapnye tu.. lama juga tak makan lepat pisang ni..

    ReplyDelete
  6. Aduh kak terliur bila baca lepat pisang ni..
    Itu hari balik kuang ada ambil daun pisang..
    teringin jugalah nak melepat ni..
    Satu keluarga suka lepat pisang ye kak saniah..
    Pastu makan panas2 ..
    Kena lak air kopi O..
    emmmm dapnyaaaa..

    ReplyDelete
  7. suka lepat pisang yg rasanya kenyal2 tu..

    ReplyDelete
  8. eh eh akak, lama tak makan lepat pisang. masa kecik2 selalu makan, maklumlah bapak meniaga pisang.
    anak2 akak tak suka pisang kan, tapi lepat suka ye! seronok makan ramai2 tu..cepat aje habisnya.

    ReplyDelete
  9. Kantin sklh cikna pun suka buat lepat pisang b'sago Cikna xsuka, tapi Cikna cukup suka lepat pisang inti kelapa

    ReplyDelete