Total Pageviews

Thursday, 4 August 2016

Peria goreng rangup

Assalamualaikum
Tempohari masa singgah pasaraya di Anggerik Tenggara ,beli peria katak agak banyak juga sebab geram sangat tengok segar dan agak besar.Terfikir kalau masak biasa harus makan sorang ,jadinya aku potong2 nipis dan salut dengan tepung dan goreng rangup....tengokkan Iqa yang takut pahit makan sampai tak cukup2.Esoknya aku goreng lagi ,abiskan stok peria yang dibeli.Sedap kalau dah digoreng rangup....makan panas2.
Semalam balik dari hantar Fateha singgah gerai jual sayur....beli peria biasa .Iqa excited nak peria goreng lagi.....dipotong nya bukan main nipis .Bila dah digoreng agak melekat antara satu .....tapi oklah rasa yang kurang pahit buatkan dia lebih laju makannya.

Foto: peria yang digoreng semalam agak melekat2 tapi paling laris habisnya.
Peria ni kalau nak kurang kan rasa pahit ,bila dah potong2 tu gaulkan dengan garam.Bila nak masak basuh dan toskan.
Nak buat peria goreng ni simple je,ikut selera masing2 nak guna tepung dan citarasa masing2.Aku sendiri setiap kali goreng guna kan rasa2 yang berlainan.Semalam resepi biasa je ,
Sedikit tepung gandum,Sedikit tepung beras ,sedikit rempah kari, bawang putih kisar dan garam secukup rasa.Tabur pada peria yang dah ditoskan....goreng.Orang kampung macam aku ni mana ada sukatan2 ,main campak2 je :-).
Sehari dua ni Iqa bersungut sambil bergurau  ,katanya dia semakin bulat "mak ni lah masak sedap2......huarghaa macamana nak sambung degree ni" katanya.....Kita pulak yang disalahkan padahal bila nampak lauk kegemaran dia bertambah2 makannya....diet2 dah ke laut.

18 comments:

  1. xpernah lagi goreng peria cara gini..anak2 saniah suka sgt nmpaknya mesti sedap tu...

    ReplyDelete
  2. pernah juga beli, kurang sikit rasa pahit dia

    ReplyDelete
  3. Oh saya tak pernah buat gorenh peri. Biasa masak lemak aje tp jarang buat sbb sorang2 yg makan nanti.
    Nanti nak cuba tg ini, kot2 boleh diterima tekak org dlm rumah ni

    ReplyDelete
  4. Oh saya tak pernah buat gorenh peri. Biasa masak lemak aje tp jarang buat sbb sorang2 yg makan nanti.
    Nanti nak cuba tg ini, kot2 boleh diterima tekak org dlm rumah ni

    ReplyDelete
  5. peria goreng ni kalau terhangit, habislah tak sedap nak makan

    ReplyDelete
  6. peria katak sgt bagus tuk darah tinggi.. tp xleh goreng2 la.. rebus je..=)

    ReplyDelete
  7. Salah satu sayur yg kakak paling suka peria SI
    Anak-anak kakak suka juga mungkin dah biasa dari kecik.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah makan peria nipis goreng macam ni kat kedai mamak SI. Mmg sedap. Teringin pulak nak buat hihi....Tapi tulah kalau benda benda gini mmg saya laki bini jerlah yg makannya . Tp yg lebihnyadah tentulah yg pompuan tu haha....

    Besar mana sangatlah gemuk si Iqa tu....ye ye aje si Iqa tu

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan tapi teringin nak cuba cuma takut pahit je lah

    ReplyDelete
  10. Masakan emak mana yang tak sedap. Kalau rasa-rasa tak nak 'bulat' kenalah berpuasa bila balik ke rumah emak ^_^

    Saya tak makan peria ni, kak. Kalau baca apa sahaja resepi, meroyan-royan rasa nak buat di rumah tapi bila sampai rumah, terlupa ^_^ Saya nak goreng peria ni untuk suami sayalah ^_^

    ReplyDelete
  11. Nur semenjak kawen dgn hubby baru pandai peria ni kak...
    Salut tepung mcm akak buat sedapnya...ratah pun sedapkn

    ReplyDelete
  12. Masakan air tangan ibu...sentiasa sedap..gemok pun takper... hehe

    ReplyDelete
  13. kalau kat rumah saya ni..saya ja la yg makan peria..

    ReplyDelete
  14. Kalau peria katak belum pernah makan dan masak. Nak juga cuba macam saniah buat.
    Air tangan ibu memang tidak ada tandingannya.

    ReplyDelete
  15. Kalau peria katak belum pernah makan dan masak. Nak juga cuba macam saniah buat.
    Air tangan ibu memang tidak ada tandingannya.

    ReplyDelete
  16. sedap hilang pahitnya kan , AJ pernah makan digerai2 tak pernah lagi buat sendiri peria goreng ni.singgah malam ke sini dari www.anajingga.com

    ReplyDelete
  17. Peria katak peria yang tak mampu diterima oleh tekak yan..pahit

    ReplyDelete
  18. tapi saya lebih suka peria bukan versi katak; yang masak tumis dengan telur...

    ReplyDelete