Total Pageviews

Tuesday 18 October 2016

Bebanan hidup

Assalamualaikum
Dengan keadaan ekonomi sekarang kos sara hidup amat membebankan.Sebagai pelajar juga anak2 terasa tekanannya.Fateha beberapa hari yang lepas menyuarakan hasrat nak buat kerja sambilan .Walaupun dia peroleh biasiswa JPA tapi katanya tak mencukupi hingga akhir sem.Pihak kolej pulak ambil kesempatan menaikkan harga bilek bila Fateha buat rayuan tempohari.Bimbang jika dah berkerja sambil belajar  akan menjejaskan pelajaran nya.Apatah lagi dah ditahun akhir ni.Tapi  kami tak juga menghalang memandangkan kemampuan kami juga terhad dengan 3 di U ,1 sekolah menengah ,1 di sekolah rendah.Harap Fateha dapat membahagikan masa dengan baik.
       Sebenarnya keadaan dia selalu saja kurang sehat sejak suspek tyroid tempohari .Sekarang ni dia perlu makan vitamin setiap hari seperti yang doktor syorkan.Kepada Yatie,terimakasih ya jawap pertanyaan akak.....
     Foto: dikongsi dari seorang sahabat.
      Pada sahabat blogger Raihana Ahmad yang selalu menyapa akak ,akak hargai sangat2.namun mohon maaf tak dapat kunjung balas .Berceloteh menggunakan h/p ni sebenar nya terhad....

9 comments:

  1. Memang betullah, kak. Makin lama makin mencabar nak mengharungi hidup dan membesarkan anak-anak. Takda apa yang murah lagi dah, semuanya makin mahal. Memang kena balun buat kerja dua, tiga kalau termampu untuk tampung hidup.

    Kasihan Fateha tapi apa yang termampu dibuat setakat ni. Kalau dia pandai membahagikan masa, insyaAllah segalanya akan elok aje, kak. Tapi biasalah, sebagai ibubapa boleh buat kita sedih bila tengok anak terpaksa hidup susah sikit...

    ReplyDelete
  2. ialah kak ekonomi semakin teruk, kehidupan semain mencabar. jiran saya anaknya ditahun akhir biasiswa tidak diberikan tahun ni, terpaksa mak ayah bayar duit belajar kalau tidak tak boleh grade..kesiannya, mana nak cari duit yang banyak dalam waktu yang singkat

    ReplyDelete
  3. blogging guna henpon memang terhad kak SI..paham sesangat.
    SB sarankan Fateha buat kerja online, lagi senang. Cuba gi googlekan peopleperhour.com atau upwork.com. Banyak task online yg beri hasil pulangan yang berbaloi, jadi dia tak perlu keluar ke tempat kerja, jam kerja pon ikut kita sendiri asalkan task tersebut selesai on time

    ReplyDelete
  4. Kos sara hidup memang makin melambung kak.. entah lah apa nak jadi dgn Malaysia ni..serba serbi naik..kesian Fateha dan student lain...moga di permudahkan urusan tahun akhir nya..
    betul kata Sue kat atas.. cuba advice Fateha buat kerja2 online.. byk yg boleh di cuba..:)

    ReplyDelete
  5. Fateha nak buat kerja apa tu, kak? Asalkan dia pandai jaga diri dan membahagikan waktu belajar, takpe lah. Adik saya yg 2nd bongsu pun masih belajar dan sabtu/ahad bekerja. Kalau nak harap duit PTPTN tak cukup. Mujur ada abg/kakak bantu sikit2. Makbapak kami tak kerja.
    Begitulah hidup dalam ekonomi yg mencabar ni. RM50 dah tak jadi apa.

    ReplyDelete
  6. Ramai yg buat part-time sebenarnya. Yg penting tak menjejaskan pelajaran mereka AI. Kena hati-hati juga sebab sekarang ni macam-macam kan. Kalau ada kawan ok sikit.

    ReplyDelete
  7. Betul tu SI.....bila anak anak dah masuk U ni mmg banyak pakai duit. Tambahan lagi SI sampai 3 orang. Alahai ...rupanya bukan mudah nak membesarkan anak.

    Fateha ni matang pemikirannya ye SI. Sanggup bekerja untuk cari duit lebih.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan Fateha dalam usaha membantu keluarga untuk meringankan beban, bagus fateha ni anak yang baik..

    ReplyDelete
  9. Insyallah kalau kita berusaha.. maka akan datang kejayaan di dunia dan akhirat

    ReplyDelete