Total Pageviews

Tuesday 4 October 2016

Sepupu nya menyusul

Assalamualaikum
Salam awal Muharram
2 /10 genaplah sebulan anak sedara ku allahyarham Mizal kembali ke Rahmatullah.Masa berlalu si ibu dicengkam rindu teramat ,apatah lagi ketika kesunyian sendirian di rumah ketika balik dari kerja.Sekadar menjadi peneman dari jauh hanya berbual di alamaya je yang mampu aku laku meringankan bebanan nya.Masa anak sulong dia meninggal dulu anak2 yang lain masih ada bersama .Tapi kali ni anak2 dah berkahwin dan berkerja di luar sana.Kini kakak hanya tinggal ber2. Walaupun sudah redha dengan ketentuan Maha Esa ,namun kehilangan yang tersayang pasti sukar luput dalam ingatan.
Abang ipar aku ( suami kakak) diuji lagi ,genap sebulan anaknya pergi, anak sedara yang berumor lebihkurang umor 18 tahun ( anak adek perempuan dia) pula menyusul .Pengakhiran ajal nya pun kebih kurang sama accident dilanggar kereta ketika jatuh dari motor pada malam awal Muharram. YA ALLAH besar sungguh ujian bagi ibu2 ini .Apatah lagi kedua sepupu yang kembali Rahmatullah ini anak bongsu.Anak yang begitu manja dengan ibu .Anak bongsu dari 2 beradek lelaki yang beza nya jauh dgn si abang seperti juga arwah Mizal sepupu nya.Anak2 ni bukan budak rempit tapi dah jadi kebiasaan kenderaan utama dah tentu motor untuk ke mana2.Tinggal dalam satu pekan dengan keluarga kakak.
Semasa majlis tahlil seminggu selepas pemergian arwah Mizal ,anak ini sentiasa bersama ibunya di dapur yang sedang rewang.Duduk diam saja padahal sedara mara lelaki dan ayahnya di luar sana.Bila kami tahu dia sepupu arwah Mizal masing2 kata seiras sangat wajah mereka....cuma yang membezakannya kulitnya agak cerah.Aku kata dengan kakak boleh jadi pengubat rindu pada anak nya bila pandang anak sedaranya itu.
Kini anak2 ini telah tiada di dunia fana ini ,meninggal kan 2 ibu yang kesedihan.Allah lebih menyayangi  mereka .Semoga kakak dan adek iparnya tabah menghadapi ujian ini.
Semoga kedua mereka di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Aminnn.
Foto: sumber Google

18 comments:

  1. innalillah, takziah kepada kak SI sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Innalillah... begitulah kematian itu benar tetapi pemergiannya menguji mereka yg ditinggalkan. Kakak sedihlah Si bila ada kematian buat masa ini. Mesti terus ingat almarhum bapak kakak juga:(

    ReplyDelete
  3. al-fatihah untuk mereka..tabahnya hati sang Ibu.semoga ditemukan Allah di syurga. Aminn

    ReplyDelete
  4. innalillah... salam takziah buat keluarga..

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH..saya yg membacanya terasa sebak..faham bagaimana perasaan ibu2 kehilangan anak2 tersayang..

    ReplyDelete
  6. innalillah, takziah kepada mereka sekeluarga. Allah ambil tanda Allah syg kan :) Dan ujian yng penuh hikmah pada yang masih bernafas. InsyaAllah. aminn

    ReplyDelete
  7. INNALILLAH SALAM TAKZIAH...TURUT BERDUKACITA..KEHILANGAN YG DIKASIHI UJIAN SABAR

    ReplyDelete
  8. Innalillah, berturut-turut pula pemergiannya ya. Semoga kedua2 kakak tabah menghadapai situasi sedih ini.

    Takziah utk kedua2 keluarga!

    ReplyDelete
  9. Alfatihah!

    Sungguh bagai dikata, ajal maut di tangan Tuhan. Budak sama yang dilihat seminggu selepas arwah Mizal meninggal dunia, rupa-rupanya akan turut 'mengikut jejak langkah' sepupunya. Itulahkan kak, sekejap ada, sekejap lagi terus takda. Siksanya menanggung rindu yang tak mampu nak dileraikan lagi. Mana mungkin yang pergi akan kembali...

    ReplyDelete
  10. Salam takziah. Sedih baca entry kak SI

    ReplyDelete
  11. Innalillah wainnailaihirojiunn
    Kesiannya kepada dua org ibu-ibu ni Saniah

    ReplyDelete
  12. Sungguh besar ujian mereka... moga tabah & sabar.. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  13. Allahu..
    Dalam masa sebulan mengikut sepupunya berpindah ke alam barzakh..
    Tentu berganda kesedihan kedua ibu2 ini..
    Saya yg baca pun turut sedih kak SI..
    Semoga roh keduanya dicucuri rahmat Ilahi..
    Ya Allah..
    Maafi lah mereka..
    Rahmati lah mereka..
    Beekati lah mereka..
    Gantikan lah syurga sebagai tempat tinggal yg baru buat mereka.
    Aamin.

    ReplyDelete
  14. sungguh besar ujian adik beradik SI. semoga Allah cucuri rahmat kepada arwah

    ReplyDelete
  15. Innalillah... Salam takziah buat keluarga suami saniah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  16. Innalillah... Salam takziah buat keluarga suami saniah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  17. Alfatihah utk kedua duanya. Gitulah namanya ajal SI, tidak mengira siapa....huhu....
    Ibu mana yg tak sedih kehilangan orang tersayang tp terpaksa redho huhu

    ReplyDelete
  18. Alfatihah utk kedua duanya. Gitulah namanya ajal SI, tidak mengira siapa....huhu....
    Ibu mana yg tak sedih kehilangan orang tersayang tp terpaksa redho huhu

    ReplyDelete