Total Pageviews

Friday 23 December 2016

bila semuanya naik..

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Seperti hari2 biasa setiap pagi aku akan buka tv walaupun tak menghadap....aku biarkan terpasang sambil2 buat kerja rumah dengar jugalah biji butir yang disiarkan di tv.Pagi ni aku buka MHI ....terdengar pengacara Elly Iskandar membaca tajuk2 akhbar.Apa yang menarik perhatian ku tentang kenaikan harga pakaian sekolah 30% yang disiarkan di salah satu akhbar.Tentunya keadaan ini menyusahkan ibubapa apatah lagi dengan pembelian buku2 dan bayaran2 lain .Bagaimana kalau ada anak yang ramai bersekolah.
Bagi aku Iman dah awal2 aku belikan pakaian sekolah walaupun pakaian sekolah dia tahun lepas elok lagi.Yalah sebab setiap minggu pun hanya 2 kali pakai selebihnya hanya pakai baju senaman atau uniform koko.Tahun 2017 ni Iman dilantik jadi pengawas itu yang terpaksa beli pakaian baru. Seluar sekolah pun walaupun masih elok tapi dah senteng sangat .....hmm cepat beno tinggi nya sejak lepas berkhatan .
Sekolah agama  aku belikan sepasang dulu  sebab bimbang jika dilantik berbagai jawatan ,dah nak kena tukar baju melayu warna lain pula...tak ke membazir jadinya kelak..Waktu anak2 yang terdahulu baju melayu atau baju kurung sekolah aku jahit sendiri walaupun berhelai2 tapi dah tua2 ni malas pulak nak menjahit walaupun untuk Iman saja.Apapun aku jarang beli pakaian sekolah di pasaraya2 ,sengaja pergi ke kedai2 biasa .Senang untuk memilih atau tawar menawar.Lagipun sudah biasa dengan satu kedai tu...tak perlu cakap pun dah bagi diskaun.
Azim takde masaalah takde apa yang perlu diganti kecuali sepatu hitam dia.Itupun 3 hari berturut2 pergi kedai kasut baru jumpa yang diingin kan.,,,pening aku dibuatnya.
Dengan keadaan ekonomi sekarang memang memeritkan bagi rakyat marhain seperti kami .Apatah lagi jika anak ramai yang bersekolah.Bila aku bandingkan satu waktu dulu 3-4 orang anak yang serentak bersekolah budget nya lebih kurang sama dengan hanya tinggal berdua ni..Nak buat bagaimana kan pelajaran anak lebih penting,,,,,

.



13 comments:

  1. Entri kita lebih kurang aje hari ini:)
    Nak tak nak memang keperluan anak-anak kena letak di atas segala keperluan yg lain.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Beberapa blog yang saya lawati, kebanyakannya menulis entry yang hampir sama. Kos kelengkapan persekolahan yang agak tinggi dari masa ke semasa memang membebankan. Tapi apalah pilihan yang kita ada. Mahu tidak mahu kena sediakan juga walaupun tinggi kosnya. Moga anak-anak tidak lupa pengorbanan dan kesusahan ibu bapa untuk menyediakan keselesaan buat mereka...

    ReplyDelete
  3. sayapun dah habis membeli keperluan sekolah termasuk buku2 sekolah... boleh tahan juga yer.. itulah perasaan mak pak kita dulu kalau nak mula sekolah yer... walaupun murah dari sekarang tapi masatu pendapatan mak pak kita pun bukan besar macam kita... jadi sama jugalah keadaannyer... tu yang bapak saya jarang beli baju baru...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah betulla kak, uniform sekolah dah naik harga, jauh gak beza dgn harga taun lepas, saya baru shoppinf baju sek hari ni, tu pun tambah yg mana patut je, baju thun lps yg masih bole pakai, pakai je. Hrmmm...apa nk dikatakan lagi

    ReplyDelete
  5. Semua naik sekarang ye Saniah. Saya ni dah lama tak 'menyoping' pakaian sekolah jadi tak tahulah pasal kenaikkan benda2 ni semua tapi perasan, waktu saya belikan uniform sekolah utk anak buah saya yang baru nak masuk tahun 1 beberapa minggu lepas harga sehelai baju kurung tu mcm mahal sangat tak berpadanan dengan saiz baju tu. Tapi nak buat macam mana, ndak tak ndak kena beli jugak.

    ReplyDelete
  6. Samala kita kak...suka sangat buka tv sambil buat kerja lain...peneman agaknya..

    ReplyDelete
  7. Betul la kak... saya tekejut tengok harga masa nak beli baju sekolah hari tu...

    ReplyDelete
  8. betullah kak, banyak dah naik harga. semoga dipermudahkan urusan kak

    ReplyDelete
  9. tau tak kak apa saya fikir bila baca title saje 'mesti tak lain ni mesti berat makin naik tu yang baju sekolah kena beli baru ni..budak2 tengah membesar la katakan'

    eh eh bila dah baca laa hagenye ke yang naik....haha adeh la Hsna oi

    baju2 sekolah adik2 Hsna pun beli baru semuanya..bukan sebab kecik ke apa tapi cuaca yang panas nanti mungkin akan kuat bepeluh takkan tiap ari nak kena basuh kan..dah la petang baru balik seharian duk pakai baju tu..better begilir2 baju sekolah..tak cepat lusuh pun ye jugak..hihi

    ReplyDelete
  10. mmg memeritkan kak SI.
    Kena bajet ngam2 agar semuanya mencukupi..
    Yuran nabil dah naik darjah 4 ni pun RM500 utk dia ajer
    belum yg lain kan.

    ReplyDelete
  11. Betul tu SI kalau 4-5 orang yg bersekolah mau tak perit mak bapak nak keluar duit. Nasiblah saya cuma sorang jer yg sekolah SI. Tapi yelah, nak membesarkan anak katanya, tak perit kat baju sekolah perit pulak kat yuran U anak huhuh.....

    ReplyDelete
  12. Wahhhh dah tukar baju ye SI blog ni? Ingat salah rumah tadi hihi.... Terer nampak menggodek blog!

    ReplyDelete
  13. anak nak masuk tadika ja pun dah belanja ribu2 macam nak masuk U. fuh! dahsyat sungguh sekarang.

    ReplyDelete