Total Pageviews

Tuesday 11 April 2017

Teh sejuk limau manis

Assalamualaikum
Pokok limau manis jiran sebelah rumah berbuah lebat ,banyak juga yang dah nampak sedikit kuning disebalik kulit hijau nya,tanda dah boleh dah dipetik .Kalau tidak akan gugur begitu saja ke tanah.Pokok limau ni dekat sangat dengan rumah kami.Jiran suruh ambil  buahnya bila2 saja.Biasa Iman lah yang suka petik walaupun masih muda...Iman kan suka masam!
2-3 hari yang lalu aku ada petik ,ada lah dalam 7-8 biji.2 biji telah aku makan....sebab dah masak rasanya manis juga.Selebihnya aku letakkan di atas meja ,manalah tau Iman nak makan.Tapi aku tengok terbiar je tak dipedulikan.
Semalam seperti biasa encik suami akan buat air teh o untuk sarapan pagi.Iman pun akan minum air teh je pagi sebab kalau minum air lain pasti keluar balik....kalau nak beri susu ke milo sebelah siang je boleh.Itupun minum teh setakat cawan kecil je yang boleh ditelan.Biasanya bila encik suami dah ke tempat kerja dan Iman ke sekolah,banyak lagi air teh yang berbaki. Aku memang kurang minat minuman manis ni,...biasanya aku ambil setengah cawan je dan ditambah lagi air suam.Selebihnya air teh yang lebih dalam teko aku masukkan dalam peti sejuk.Iman biasanya balik sekolah nak cari air sejuk masa makan tengahari.Tapi semalam dia ada minuman lain,air teh sejuk tak diusik nya pun.Sayang pulak nak dibuang gitu saja.
Aku ambil limau manis ,lalu aku potong dan perahkan dalam air teh sejuk tadi.Aku tak tambah pun ais...dah cukup sejuk dah.Jadilah minuman aku untuk berbuka puasa petang semalam....segar rasanya ...selebihnya Iman lah perabiskan..


20 comments:

  1. Samalah kak .. suka teh o saja, tak suka letak gula.
    Tapi sekali sekala minum teh ais limau sejuk camni mmg nyaman terasa 😊

    ReplyDelete
  2. segar dan menyamankan bila minum teh mcm ni

    ReplyDelete
  3. SEDAP LIMAU NI DIBUAT JUS..SEGAR TEKAK DIMINUM

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak kalau minum air teh 'o' ais limau. Dua-dua anak saya suka. Saya pun suka. Kalau dapat minum jus limau macam ni aje pun sedapnya. Tapi letak gulalah sikit. Tak tahan masam ^_^

    Samalah dengan Bubbly Abang. Pepagi tak boleh minum susu, milo, jus pun tak boleh. Kalau beri juga, mulalah dia kata perut memulaslah, itulah, inilah. Minumlah air kosong sikit kalau dah macam itu gayanya!

    ReplyDelete
  5. akak buat makan macam tu jer limau ni. Kalau saya tak bolehlah, sebab tak berapa suka masam...kalau buat air limau, teh o ais limau minum lah. Kat rumah saya kalau ada limau ni, suami lah yg rajin buat air sebab dia suka. Saya lebih kpd utk buat masak2/sambal ajer...

    ReplyDelete
  6. Terliur kak Zai tgk air tu tambah pula ada limau. Sejak kak Zai ada masaalah kaki doktor tak galakkan minum minuman sejuk.

    ReplyDelete
  7. Mmglah sedap teh o ais limau...kalau makan luar budak budak mmg pilih air ni SI. Sebabnya paling murah hihi...Saya dapat mengendeng sesedut dua jadilah.

    Lama dah tak makan limau manis. Masa kecik dulu selalu makan limau manis ni. Dah tua tua ni jarang jumpa pulak..

    ReplyDelete
  8. Dulu masa kecik selalu mkn asam ni dgn asamboi..
    Sedap..
    Skrg saya dah tak boleh mkn asam banyak..
    Sebab byk asid dlm bdn dah..
    Kena ambil alkali lebih kak..

    Sedap akak dpt berbuka puasa dgn teh o ais limau ye..

    ReplyDelete
  9. Anak2 acik pun suka minuman sejuk Saniah

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sedapnya teh 'o' ais limau tu. kalau dapat minum di waktu panas tentu nyaman terasa di tekak. Tapi saya biasa tanpa ais. dah berapa tahun tak minum ais...

    ReplyDelete
  11. Lama sungguh tk buat teh limau kak, ayaq teh tu selalu buat, tapi malad naw nk potong limau perah dlm ayaq teh tu, padahal dlm peti tu stok limau kasturi manjang ada., Punyalah malasnya saya kan, huhu.

    ReplyDelete
  12. Buat berbuka memang seap tu.
    Tak cukup segelas.

    ReplyDelete
  13. Terasa masam nya tu.
    kurang suka.
    once awhile ok lah.

    ReplyDelete
  14. aduhai. nyaman nyer kalau dpt minum ni :)

    ReplyDelete
  15. Limau ni makan dengan asam masin sedapnya..

    ReplyDelete
  16. sedapnya... kecur air liur tengok limau tu....

    ReplyDelete
  17. sedap ni, favorite kami jugak

    ReplyDelete