Total Pageviews

Monday 17 April 2017

Di sekolah aje

Assalamualaikum
Bila buka WA group xstudent,beberapa orang update sedang hadiri konvokesyen di universiti....sebagai ibubapa bahagianya mereka....aku belum rasai pengalaman itu....mudah2an Allah panjang kan umor untuk saksikan saat itu.
Setakat ni di sekolah jelah dapat tengok anak naik pentas.Terkini semalam hadiri mesyuarat pibg dan anugerah cemerlang di sekolah agama Iman.Tak teruja nak snap gambar sebab rasanya peperiksaan akhir tahun dah lama berlalu.
Foto: Iman menambah koleksi adek beradek.
Tak diduga cabutan bertuah nombor yang terlekat pada buku aturcara aku disebut orang yang pertama ambil hadiah.Walaupun pun tak seberapa ....Alhamdulillah,syukur.Kalau dah kata sekolah tak kan nak hadiah tv lcd,peti sejuk  bagai ...!
Petang.....Iman kata boring duk memerap kat rumah.Jom kita ronda kampung kata dia....kata je jalan2 tapi naik kereta juga.Mak okje,best juga sambil2 makan makanan ringan yang dibeli di kedai runcit sebelum tu.
Foto: makanan ringan nostalgia


14 comments:

  1. Salam kak ... mudah2an tercapai hajat tu kak 😊

    ReplyDelete
  2. Sy pula kak saniah, jk hari cuti, kalau boleh xmo kuar umah, berkurung jer dlm umah, bahgia rasa..

    ReplyDelete
  3. banyaknya koleksi iman.

    Alhamdulillah kak dapat juga cabutan bertuah ye.

    betul tu kak dapat keluar jalan2 kejap dah seronok sangat rasanya kan

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..saya berpeluang hadir majlis konvo anak sulung beberapa th lepas..perasaan ketika tu sebak,bangga,terharu..semua bercampur baur..

    ReplyDelete
  5. Mudah2an anak2 semua akan sampai ke menara gading.

    ReplyDelete
  6. In syaa Allah masanya akan tiba. Nanti berderet anak Saniah pakai jubah naik pentas ambik scroll.

    ReplyDelete
  7. Saya pun blm ada pengalaman tu kak, in shaa Allah beberapa thn lagi jika ada umur yg pjg.
    Wah byk sungguh koleksi pialanya, ini pun satu kebanggaan juga kan kak.

    Saya plak ada masa nk kuar jenjalan w/pun sekadar gi kedai je, kekadang tu lbh bahagia mengeram kt umh;)

    ReplyDelete
  8. wah! bijak-bijak anak akak :)

    ReplyDelete
  9. Penuh piala sealmari! Tentu bangga rasa di hati ya, Kak Saniah!

    Sekurang-kurangnya dapat juga tengok anak membesar dan masuk universiti. Macam saya ni, dahlah anak dua aje, kecil-kecil lagi. Entah dapat ke tidak tengok anak membesar dan berdikari.

    Orang perempuan memang macam tu, kak. Kalau duduk aje di rumah, bosan katanya sebab asyik buat rutin yang sama. Kalau dapat keluar jalan-jalan dalam kereta pun dah best tau!

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah Saniah, tak lama lagi tu, sabarlah ye.

    ReplyDelete
  11. ada juga kak sesetengah sekolah yang PIBG dia kaya, kadang2 sponsor telefon bimbit, home applicants and semua benda tu haha. Semoga dipanjangkan usia untuk tengok kejayaan anak-anak. Aminnn.

    Jemput join segmen pertama anjuran Seorang Syed
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
  12. salam kak SI. mudah2an tercapai semua impian

    ReplyDelete
  13. Tahniah SI.... Seronoknya tengok piala anak anak penuh satu almari ye SI. Saya ni mmg jarang pergi Anugerah Kecemerlangan Anak SI. Teringin jugak tapi nak buat macam mana, anak anak saya semuanya sederhana aje. Apa pun alhamdulilah, mungkin rezeki saya tang lain kotkan SI.

    Jajan tu mesti melekat kat lelangit kan SI hihi...Tapi best jugaklah layan sambil pusing kg tu hihi

    ReplyDelete
  14. Aamiin..
    Semoga impian akak menjadi kenyataan utk melihat anak2 berjaya..

    Anak2 akak dah besar makin byk koleksi bertambah..
    Alhamdulillah semoga terus cemerlang anak2 akak..

    Hihihi...
    Lagi akak duduk rumahkan.
    Mmg seronok dpt keluar rumah wlpn keliling kg kan..
    Saya pun suka keliling kg ..
    Mengingat nostalgia lama 😊

    ReplyDelete