Total Pageviews

Friday 11 August 2017

Rezeki masing2.

Assalamualaikum
Bukan nak riak tapi sekadar nak mengabadikan cerita2 indah perjalanan hidup anak2 di blog suram ini untuk tatapan dikemudian hari.
Result final exam Fateha baru saja keluar....Alhamdulillah dapat Dekan lagi buat kali ke 3.
Result Iqa sederhana saja ,terdetik rasa kecewa dihati tak dapat bersaing dengan Fateha.Aku pujuk dia agar tak rasa tertekan kerana ada masa lagi beberapa sem untuk terus mencuba.Aku tahu sikap Iqa sejak zaman sekolah dia tak pernah merasa berada dibelakang tentu nya hati agak kecewa bila tengok resultnya sendiri.Tapi sebenarnya pada kami ok je masih lagi 3++.
Cakap dengan Iqa abang dia walaupun result biasa2 je tak pernah Dekan pun tapi senang aje dapat kerja.Belum pun final exam dah dapat temuduga yang pertama dan terus diterima .
Pada setengah orang belajar bukan untuk bekerjaya aje tapi bagi anak2 perlu jika mereka mahukan kehidupan yang lebih baik.Kami ibubapa mereka bukan orang ada2 sekadar secukup nya je.
Sekarang ni dapat Dekan bukan jalan pintas untuk dapat kerja .Fateha masih berusaha untuk cari peluang2 pekerjaan .Ada juga dah ditawarkan kerja tapi masa temuduga jawatan lain tapi yang ditawarkan jawatan lain .Terpaksalah ditolak....bukan nak memilih tapi dengan gaji agak rendah tak berbaloi berulangalik dari rumah.
Buat masa ni dia dengan kawan nya buat part time menjadi tutor di salah sebuah pusat tuisyen di Simpang Renggam.
Fateha sebelum ni tak minat nak jadi guru tapi bila dah mengajar di sini seronok pulak dia .Apatah jumpa berbagai perangai budak2 yang belajar.Kata dia kalau tak dapat juga kerja tetap dia nak terus kan menjadi tutor di situ.Lagipun kalau mengajar sepenuh masa pendapatan lumayan juga.Mengajar pun tak stress seperti guru di sekolah.
Foto: hari pertama menjadi tutor.....mengajar budak cina down sindrom berumor 11 tahun.
Terpulanglah pada mereka....Rezeki ada dimana2 jika berusaha.

9 comments:

  1. betul tu kak..semua pun rezeki kan, moga dimurahkan rezeki anak2 akak

    ReplyDelete
  2. rezeki ada di mana-mana. Insha allah..

    ReplyDelete
  3. Betul..rajin dan sikap...tu yg penting....=)

    ReplyDelete
  4. betul tu SI..rezeki utk anak2 kita telah ditentukn bahagiannya masing2..

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah Kak, saya pun yakin setiap ank ada rezekinya memasing, ank yg cemerlang lain rezekinya, yg tak cemerlang pun ada rezekinya.
    Alhamdulillah, rezeki Fateha tu.

    ReplyDelete
  6. Salam kak!

    Dah bekerja rupanya anak-anak akak. Buat Fateha tu, selagi tak jumpa kerja yang bersesuaian, jadi ajelah tutor. Saya dulu sejak zaman universiti sampai setahun bekerja menjadi tutor. Lumayan juga tau kak. Zaman dulu-dulu tu pun dapat RM1000 sebulan memang tak minta duit makpak dah.

    Rezeki tu ada kalau kita berusaha. InsyaAllah, dapatlah anak-anak akak tu rezeki bekerja bagus-bagus. Nanti boleh balas jasa makayah pulak.

    ReplyDelete
  7. Betul sgt tu kak. Rezeki mmg ada dimana mana asalkan halal..

    ReplyDelete
  8. Rezeki tiap mahkluk tu telah ditentukan oleh Allah s.w.t utk hamba Nya..
    Yg penting rajin berusaha..
    Maka berkatlah rezekinya..

    Seronok kak jadi tutor dari cikgu.. tak stress..
    Dulu zaman saya..
    Saya jadi guru kelas menaip dan trengkas..
    Dulu2 kemahiran yg mcm ni kan..
    Lepas tu baru timbul kelas komputer pulak..

    InsyaAllah ada rezeki fateha...
    Suruh rehat dulu lepas belajar..
    Buat kerja sambilan dulu..

    ReplyDelete
  9. Seronok dengar cerita anak kawan kawan yg pandai pandai. Jauh disudut hati teringin jugak nak merasa kegembiraan mcm tu tapi yelah....rezeki memasing kan. Allah dah aturkan rezeki seiring dgn usaha yg mereka lakukan.

    Terima ajelah dengan redho hihi...
    Tahniah utk Fateha, moga urusan dia mencari kerja dipermudahkan, insyaallah

    ReplyDelete