Total Pageviews

Friday 10 January 2020

5 hari 4 malam (Part 3)


Assalammualaikum
Puashati rasa dapat memegang cucu sulong yang selama beberapa hari sejak lahirnya hanya menatap pada gambar dan video yang dihantar dari anak .My besan berkali2 mempelawa kami makan .Walaupun masih lagi kenyang kami hadap juga apa yang terhidang.Wah.. nasi daging utara special my besan yang masak sendiri.Sedap sangat …suami yang memilih bab makan ni pun bertambah2 nasi.Kami memang tak pernah makan sebab di negeri Johor tak biasa orang masak nasi daging.Ringkas sangat hanya nasi daging,daging yang direbus cicah air asam dan ulaman timun  tomato dan salad.Lepas makan nasi ada lagi manisan dan kek yang dibuat sendiri  disuruh juga makan.Sebenarnya dah sendat sangat perut tapi sebab nak jaga hati makan juga kami,
Lepas makan besan suami isteri suruh anak sulong bawa kami jalan2 ke Pulau.Macam2 tempat yang disuruh bawa tapi sebab dah petang dengan jalan yang jem hanya sempat ke bebrapa tempat .Seronok Iman merasa pengalaman naik feri kali pertama dia
.Badan dah penat sangat tapi sebab anak nak bawak berjalan ikut je lah langkah kaki nya sehingga aku sendiri ajak balik keseberang
,Sebenarnya hanya guna 1 kereta …sebab biasalah masalah jem kat pulau tu.Kereta kami tinggal depan rumah besan jadinya kena kembali ke sana.Sebelum balik anak sulong bawa singgah makan char kuey tiaw ditempat yang agak popular di Sungai 2 tak jauh dari rumah my besan
.Sebenarnya bukan kali pertama aku makan di sini….memang sedap sangat char kuey tiaw nya .Ada kerang dan udang besar2 dan lebih kurang 5 ekor setiap pinggan.Aku memang kurang suka udang ...Iman lah tukang perabis .
.Suami memang tak makan kuey tiaw ni jadi  ambil kan  nasi lemak bungkus yang sedia ada dengan bermacam lauk ada sambal kerang ,ikan masin nasi lemak biasa pun ada.Aku nak juga merasa nasi lemak ambil sebungkus nasi lemak ikan masin…alahai ingatkan nasi lemak macam biasa yang ada ikan kering rupanya nasi lemak yang lauknya kari ikan kering.Dah terambil kan terpaksa lah habiskan tanpa rela…kesian orang yang  membayar .Murah je nasi lemaknya hanya RM 1 dan RM 1.20 sebungkus.
Lepas makan terus kembali ke rumah besan untuk ambil kereta..tak masuk rumah pun sebab dah senja.Anak sulong kata tunggu sekejap sebab bapa mertuanya belikan murtabak utara untuk dibawa balik ke hotel.Bila dia datang semula ke kereta bukan saja bawa murtabak yang dibeli tadi malah mak mertua nya bekalkan juga 1 bekas kek baki yang dihidangkan pada kami sebelum tu .Ermm.. makanan lagi…tapi rezeki kan .Tiba di hotel walaupun kata nya dah kenyang2 amat tapi bila buka bekas murtabak memang tak dapat nahan nafsu…baru tahu murtabak utara ni comel2 rupanya
….tebal dan padat .Selama ni kami makan murtabak biasa yang selalunya banyak bawang…sebab tulah iqa tak makan tapi bila dapat murtabak ni konon nak simpan untuk sarapan abis dibedal juga malam tu.
Malam tu Kami tidur macam ular sawa kekenyangan …hihihi.
Sebab malam sebelum tu aku tak tidur semalaman,mungkin kerana keletihan sepanjang hari ...kali ni  cicah je bantal sedar2 dah suboh.Alhamdulilah ..

Sambung part 4

7 comments:

  1. nasi daging memang sedap, dana pernah makan pun sebab ada kwn opis org kedah yg menjual...

    murtabak sana lain sikit tak banyak bawang macam kt sini kak...
    yelah kt Penang CKT memang terkenal... pastu bab jem memang lah tak boleh lari...

    * akak, nanti besarkan lah font tulisan akak tu... kecik bebeno lah kak

    ReplyDelete
  2. ular sawa melingkau atas pagauu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kak, byk cerita pasal mskan ni, buatkan saya terbayang2 kesedapan terutama murrrrtabak tu, bulan puasa byk murtabak tapi payah nsk jumpa yg sedap.

    ReplyDelete
  4. Jalan2 Cari makan juga ye kak..
    Nasi daging utara ni memang sedap..
    Saya pertama kali makan pun bertambah..

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  6. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160,000 women and men are losing weight with a easy and secret "liquids hack" to lose 1-2lbs each night in their sleep.

    It is easy and it works all the time.

    Here's how you can do it yourself:

    1) Go grab a clear glass and fill it up with water half full

    2) Proceed to do this strange HACK

    and be 1-2lbs thinner when you wake up!

    ReplyDelete
  7. Teringin pulak nak makan Char Kuew Tiaw SI.... tetiba pulak nak pi Penang.... Macamana ni. Lain kali kalau pi Penang bolehlah beli murtabak tu.

    ReplyDelete