Total Pageviews

Saturday, 11 January 2020

5hari 4 mlm ( part 4)

Assalammualaikum
27hb Dec--Semua bangun awal sebab sudah rancang nak ke Kedah pagi tu dari cadangan anak sulong. Dia sendiri tak ikut sama sebab bawa si kecil Sarah ke hospital untuk check kuning.
Sebelum nak bertolak sarapan dulu di cafe hotel ...sarapan disediakan dalam pukul 7.30 hingga 8.30 pagi je.
Selesai sarapan anak sulong whatsapp kata akan datang sekejap lagi untuk hantar sarapan yang dibuat mak mertuanya.Bila dia sampai alamak ....banyak nya my besan tapau kan untuk kami ,sebekas besar mee hoon goreng dan berketul2 karipap.Sebenarnya perut masing2 dah kenyang jadi aku cadangkan untuk bawa bekal untuk dimakan dalam perjalanan nanti.
Pukul 8.30 pagi kami sudah berada di atas jalanraya menghala ke utara.Saja suruh Fateha drive santai2 je sebab nak menikmati pemandangan sawah bendang yang terbentang luas
.Sebab tujuan ke Kedah nak ke Pekan Rabu Alor Setar.Rasa terlalu awal tiba kerana buka pun dalam pukul 10 pagi.Kami ambil keputusan untuk berhenti di R & R Gurun untuk minum2 dan makan makanan yang dibawa .Memang banyak my besan bekal kan sehingga balik pun masih tak terabis.
Di R& R Gurun cuaca panas menyengat walaupun belum pun 10 pagi...budak2 ni kata memang lh panas sebab kita berada di gurun...ermm.
Setelah meneruskan perjalanan tiba Alor Setar dalam pukul 10.30 ++Pekan Rabu pun agaknya baru buka.Seronok sebenarnya jalan kat bandar Alor Setar ni tak rasa stress langsung sebab  tak hadap jem.Mungkin sebab masih awal lagi tak banyak kereta di tempat pakir.Tempat pertama dituju tentulah tingkat paling atas.Maka bermulalah misi memborong.

Rambang mata lihat jualan murah2 ...rasa semua nak beli.

Konon nak beli ala kadar je tapi terbanyak lah akhirnya...lagipun  fikir nak bagi buahtangan untuk jiran dan adek kakak.Last2  suami ajak turun cepat ...hihii takut lah tu kita berabis .Tingkat bawah sekali banyak jualan kainbaju.Capai juga sehelai 2 untuk diri sendiri dan anak.Tak lama pun dalam pekan Rabu sebab tak boleh tahan nafsu untuk membeli.
Sebab tak lama di Pekan Rabu masih banyak masa lagi .Maka meronda lah di sekitar bandar cuci2 mata.Singgah di Menara Alor Setar....budak ber3 tu nak naik atas katanya.Ok lah mak dengan ayah tunggu bawah je...gayat wei kita yg tengok dari bawah ni pun.
Tiket untuk naik Menara Alor Setar ni seorang RM 12.
Dari atas dapat lihat pemandangan bandar dan sekitarnya seluas mata memandang.
Sebelum balik semula ke Penang singgah makan tengahhari di Medan selera Alor Setar
Lebihkurang pukul 2 dah tiba Penang.Singgah di Jeruk Pak Ali beli  jeruk sebelum balik hotel.
Setelah berehat serta solat asar kami keluar lagi untuk ke rumah my besan.Last jumpa cucu sebab awal pagi esok nak bertolak ke Selangor pula.Di rumah besan ni mereka suruh makan sebab dah masakkan nasi ayam .Masa nak balik ke hotel  anak sulong bawa pula makan di kedai mee sup utara / sambal merah. Tak jauh dari rumah mertua nya di area Sungai Dua juga Sedap dan murah ....huh ...kenyang sungguh .Rasa nak seret perut balik ke hotel.
Masa otw balik hotel tempat kami menginap tu ada lah pulak pasar malam.Tak jauh hanya belakang hotel je .Mestilah nak singgah juga sebab nak tengok suasana pasar malam di negeri orang.Terjebak juga beli berbagai2 ...suami  nampak banyak yang jual murtabak utara...disuruhnya beli sebab dah jatuh cinta  pertama semalam....hihii.
ok balik hotel ...berkemas sebab awal pagi dah checkout untuk ke destinasi seterusnya...tak boleh lama2 di Penang ..boleh kembang semangkuk jadinya...apatak makan makan je..

Sambung part 5

7 comments:

  1. Kedah syurga makanan...sayaun tak tahan godaan kalau ke pekan rabu..sayang tak sempat ke bukit kayu hitam,kan..

    ReplyDelete
  2. SERONOK MEMBORONG DI PEKAN RABU SAN...SEMUANYA ADA KAN PILIH SAJA

    ReplyDelete
  3. ke kedah kalau tak ke pasar rabu memang tak sah kan kak... sedapnya mehun sup utara

    ReplyDelete
  4. Kak, teruknya rasa nak seret perut balik hotel ye, hihi..penuh sungguh tu smp nak kena seret..kelakar akk.

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalau ke utara suka mkn mee hoon sup sambal merah.. sedapkan kak saniah 😊

    ReplyDelete
  6. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  7. As claimed by Stanford Medical, It is really the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh on average 42 pounds less than we do.

    (And really, it is not related to genetics or some secret exercise and EVERYTHING related to "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    CLICK on this link to find out if this brief quiz can help you discover your real weight loss possibility

    ReplyDelete