Total Pageviews

Thursday, 9 January 2020

5hari 4malam (part 1)

Assalammualaikum
Selamat Tahun Baru 2020 walaupun 1/2 bulan dah berlalu tapi masih bulan Jan kan.
Sepanjang 2019 hanya ada beberapa blog  je yang aku pos.Selain dari mood ke laut  aku juga jarang bersendirian sekarang kerana anak2 cuti silih berganti.Iqa pun dah abis belajar .Sementara tunggu kerja ni ada lah teman berbual dibandingkan sebelum ni  yang ternanti2 orang balik rumah sampai petang2 kala.
Okeylah... nak cerita cuti sekolah hujung tahun haritu.Sebenarnya aku dengan Fateha dah plan berbulan2 sebelum ,nak cuti2 ke Terengganu tapi bila dah hampir2 waktu nya dah sibuk banjir  kat pantai timur...maka cancel lah .
Kebetulan menantu bersalin dan berpantang di rumah my besan di Pulau Pinang .Cucu pertama ...memang excited sangat nak tengok dan pegang.Bidadari kecil SARAH SOFEA lahir 15hb Dec tapi tokmak dan tokayah Johor hanya dapat jumpa setelah 11hari .Itupun dah penghujung2 cuti sekolah .
Bukan tak mahu datang awal tapi perlu selesaikan pembelian buku sekolah Iman dulu .Cuti sekolah dah nak berakhir kena sempat2 kan juga bawa Iman jalan2 …kesian sebelum tu kena hadap pekse SDKA hingga akhir bulan Nov.Memang takde ke mana lah sebelum tu .Dalam duk sibuk2 nak pergi  Azim balik cuti study week lah pulak…memang bingung sekejaplah .
25hb Dec....Rabu, awal pagi  pergi sekolah Iman beli buku dan peralatan sekolah…settle.... budget terlebih dari yang disenaraikan….Alhamdulilah.Balik belikan makanan kucing berpaket2 .Bukan senang nak tinggalkan mereka walaupun hanya kucing kampung yang tinggal di luar rumah je .Pesan pada jiran tolong berikan makanan yg disediakan jika dah kehabisan .Tengahhari dalam pukul 12  baru kami bertolak dari rumah.Dah macam sardin bila dah terlebih muatan sebab Azim lah tu…ermm.Tapi okey je sebab semua happy .Mak no hal sebab duduk sebelah driver…seperti biasa sekarang Fateha lah yang drive,ayah dah boleh relax kat belakang.Mak sebelah Fateha boleh jadi radio buruk  kalau tak dia mengantuk.
Kami cadang memang tak nak lah teruskan perjalanan ke utara haritu.Lagipun dah menempah hotel murah di Serdang  untuk bermalam..Hantar Azim balik U dulu baru checkin hotel .Bilek dan toilet hotel   cukup selesa tapi aku yang tak selesa …memang tak dapat tidur lah semalaman.Pukul 4.30 pagi selesai tahajud aku kejutkan semua .Geramnya dorang setelah semuanya selesai mandi dan bersiap azan suboh pun belum lagi.hihii.... aku saje je kejutkan anak2 dan si ayah awal sebab aku tak dapat melelapkan walau sepicing pun .Fateha dan Iqa kata mak dah tak sabar jumpa  cucu dah tu sebab tak dapat tidur.Takde nya sebab mata aku memang payah nak lelap bila dah beralih tempat.
Sebab dah bersiap awal lepas je masing2 solat subuh kami terus checkout hotel.Gelap lagi di luar walaupun jalan dah mula sibuk.Sebelum nak teruskan perjalanan  lepak kedai mamak jap untuk sarapan…biasalah teh tarik dengan roti canai je lah yg boleh hadap pepagi buta tu.
Tak lama dalam 15 minit je . Dalam  pukul 6.40 pagi mula perjalanan seterusnya.
Okey sambung part 2


4 comments:

  1. Wah tak sabar2 nak gi jumpa cucu ye tokmak, xcited terlebih kata org. Sambil jenguk cucu boleh jalan2 mkn angin ke utagha no..hihi.

    Akk mcm saya, kalo pindah tmpt susah nak lelap.

    ReplyDelete
  2. teruja sangat tuh nenek nya nih

    ReplyDelete
  3. Tahniah tokmak ...
    Tak sabar nak tengok cucu sulong ye kak saniah 😊

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete