Total Pageviews

Friday 15 August 2014

Selamat hari lahir Azim


ASSALAMMUALAIKUM
14 tahun lalu pada 15hb Ogos 2000 aku terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana tekanan darah yang agak tinggi.Tak terfikir akan bersalin pada hari itu ,suroh suami balik rumah untuk menjaga anak2 3 orang yang tinggal.Waktu aku sakit nak bersalin dah tak mampu talipon suami apatah lagi handset dah simpan dlm beg dan dibawa dlm wad yg lain.
 keadaan getir waktu bersalin sehingga doktor hampir lakukan pembedahan tapi selamat bersalin biasa pada jam8.45 mlm Namun aku kehilangan banyak darah ....malam tu mereka bertungkus lumus menghentikan pendarahan mencari puncanya....Keadaan aku agak kritikal ketika itu. Bayangkanlah tanpa suami atau sesiapa yang rapat dengan ku ketika itu.Bila sudah masukkan 4 pain darah baru keadaan aku stabil.dan dimasukkan ke wad CCU pagi itu.Bila disini baru aku berkesempatan bagi tahu doktor yang suami tak tau pun aku bersalin ...dia kata kenapalah tak bagitau dia ....huhuuu dah lepas pun.
Suami hanya dapat berjumpa selepas jam 3petang esoknya ...Kali pertama aku menatap wajah Azim pun 2 hari kemudian.Kini sudah `14 tahun berlalu kenangan itu masih segar dalam ingatan...SELAMAT HARI LAHIR AZIM.mak hanya berharap Azim menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. .Doa makayah sentiasa mengiringi kehidupan anak2....

7 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Azim ....moga doa mak makbul dengan izin Allah...
    Ada peristiwa perit rupanya yer SI ni..... Cukup bulan ke tidak masa tu SI ...kenapa boleh jadi pendarahan tu SI? Rahim terkoyak ke apa?

    ReplyDelete
  2. mmng dh msa tarikh yg diberi hainom...agaknya besar sikit 3.46 kilo.tpi ngerinya bila diingat kena seluk balik tanpa bius nak pastikan takut uri tertinggal....last2 tau puncanya ada kebocoran pd jahitan setelah pelbagai usaha....

    ReplyDelete
  3. Amin amin...semoga doa saniah dikabulkan. Selamat hari lahir azim.

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun kelahiran buat anakanda Azim

    Lihatlah mak bertarung nyawa nak lahirkan Azim tau..

    ReplyDelete