Total Pageviews

Wednesday, 2 December 2015

merajuk

Assalamualaikum
Iman dah pun sehat,masa aku buat checkup kat HSA JB semalam sanggup dia bangun sebelum suboh untuk ikut sama.....bosan sudah terperap kat rumah .Dibawa nya semua duit yang didapat dari tetamu yang datang juga saudara mara tempohari.Ada lah sesuatu yang diinginkan tu.....
Bila balik dari JB ,separuh dari duit yang dia dapat aku masukkan kat bank.Lepas tu kami terus balik rumah....tak sangka ada budak merajuk.....bila tiba rumah terus masuk bilek dan terus tidur....hahaa aku tak perasan pun sehingga suami kata Iman merajuk.
Petang selepas Asar bawa dia keluar ke Tesco.....rupanya benda ni yang dia mahukan sangat....

Sebenarnya aku taklah berapa nak  izinkan untuk dia beli ,bimbang melekakan.... suami kata biarlah,cuti sekolah ni... lagipun dia guna duit sendiri....tapi tetap kena warning untuk bahagikan masa.
Dah dapat apa yang dia mahu baru lah selera makan...tapi selera budak sorang ni mee sup yang disuka sangat sementara kita orang makan yang lain.

Tengok lah begitu berselera dia makan.
Masa dorang order air yang berbagai rasa,aku pula hanya minum air ni saja.

Bukan apa biasanya air di kedai2 makan ni manis2 belaka...maklumlah dah berusia ni kena jaga kesihatan.
Budak merajuk tu pagi ni lepas suboh je dah hadap benda tu,berenti sekejap konon2nya baca buku teks.....takut mak nya jadi singa!.




12 comments:

  1. Bagus la dia tahu mak dia akan jadi singa..hahahah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...Iman dah sehat...cayok...cayok...memang gitu la idaman bebudak sekarang ni kak...kalau cam saya dedulu time abang ngah kecik2 saya sorok kan dulu...time hujung minggu je baru dapat main dua tiga jam...kalau tetiba pelajaran dia terganggu saya sorok terus dua tiga bulan...nanti pandai la diorang budget2 waktu nak main...

    ReplyDelete
  3. Anak kakak cuti sekolah ni buku pelajaran terus cuti
    Iman boleh dikatkan baiklah kalau masih nak belek buku sekolah.
    Anak kakak yg dibelek novel adalah... tapi kakak biarkan aje.

    ReplyDelete
  4. Nabil mula nya nak benda ni jugak kak saniah..
    Tapi en suami tak beri sebab dah kena tegur dgn pengetua sekolah masa majlis anugerah anak cemerlang.. tolong jgn bagi anak main game.. kalau baca buku cerita tak apa.. sebab nanti susah nak menghafaz kata Pak Haji tu..Ni nabil pun ada kerja sekolah utk hafazan.. baru sampai surah Al Qaddar.. nak sambung Al Alaq tak lepas lagi..

    Bagus Iman sebab pandai bahagi kan masa dia kak saniah..

    ReplyDelete
  5. Haruslah merajuk SI....sungguh sungguh dia bangun pagi nak ikut mak dia gi JB dengan harapan dpt survey barang apa yg dia nak tetiba mak pak dia tak ajk ke mana, terus balik,merajuklah kawan tu hihi...

    Alah SI, tak yahlah risau Iman tu dah terer budaknya....pandailah dia bahagi masa tu.
    Kira cepat jugak Iman ye SI

    ReplyDelete
  6. Haruslah merajuk SI....sungguh sungguh dia bangun pagi nak ikut mak dia gi JB dengan harapan dpt survey barang apa yg dia nak tetiba mak pak dia tak ajk ke mana, terus balik,merajuklah kawan tu hihi...

    Alah SI, tak yahlah risau Iman tu dah terer budaknya....pandailah dia bahagi masa tu.
    Kira cepat jugak Iman ye SI

    ReplyDelete
  7. anak2 bila merajuk macam tu la..mesti ada sesuatu yang dia mahu..

    ReplyDelete
  8. budak2 mcmtulah SI. kalau dah nak kan sesuatu..dia tetap nak jugak. tambahan ada duit sendiri..pandailah dia bahagikan masa dia :)

    ReplyDelete
  9. Serba salah kita ni kan... di beri salah tak beri lagi serba salah... ada tu biarkan jelah... kita pantau je jangan sampai leka sangat.

    ReplyDelete
  10. mana2 budak sama je lah kan.. cuti sekolah, cuti semua.

    ReplyDelete
  11. tak apa yang penting kita pantau ja tu saniah

    ReplyDelete