Total Pageviews

Monday 14 December 2015

pertemuan semula.

Assalamualaikum
Sebelum nak cerita pasal Iqa ke tempat baru ,aku paling excited nak abadikan kenangan terindah 12/12 yang lalu.Tak pernah diduga dalam kehidupan ku yang semakin kepenghujung usia ni dapat bertemu semula sahabat yang akrab pada zaman sekolah dulu.Bukan setahun dua kami berkawan tapi sejak darjah 1 lagi.Kerana masing2 telah mengikut haluan masing2 terpisah ..Alhamdulillah...ada faedahnya juga menjadi penulis blog ,bila sahabat yang memang dirindui ditemui jua.Hingga harini aku dan dia masih seperti mimpi lagi...tertanya2 pada diri sendiri apakah realitinya kami betul2 dah jumpa.
Sebenarnya pertemuan semula kami dah lebih 2 tahun tetapi sekadar di maya, suara masing2 pun belum sekali didengar lagi...sehingga 12/12 benar2 menjadi sejarah terindah.
Masa hantar Iqa tempohari seperti kebiasaan stay kat rumah adek lelaki aku di Sungai Buloh.lagipun barang2 Iqa tinggal sana.Walaupun hantar Iqa ke Dengkil pada Khamis sepatutnya dah boleh balik Johor tapi budak 2 tu katanya cuti jumaat nak balik ,fikir2 balik rasanya baik jumpa kat rumah pakcik dia saja,tak membazir masa dan wang untuk balik Johor.
Sahabat bercadang utk kami berjumpa tapi  tentu masa lagi.Hari Jumaat di rumah adek hujan seharian ,jadi kami tak keluar kemana kecuali ronda2 pada menjelang petang bila hujan reda.Jika tidak cadang nak ajak anak bujang aku untuk bertemu sahabat haritu.
Sahabat cadangkan jumpa sebelum balik Johor hari Sabtu tu.Tapi pagi waktu bersiap balik dia wasap ada urusan keluarga .Tak diduga otw kami  nak balik  Johor dia tepon kata dah tunggu kat UPM Serdang yang juga tempat dia sambung  belajar.Terkejut sungguh itulah kali pertama aku dengar suaranya setelah 31 tahun...Berbagai2 rasa ketika itu berdebar2 ,sebak  mengalahkan nak jumpa pakwe lama...seoerti kata sahabatku ketika dah bersua.
Akhirnya kami dipertemukan juga di perkarangan masjid UPM....Ketika itu anak dia dan anak2 aku juga suami hanya jadi pemerhati dari jauh gelagat kami yang berpelukan .Hahaaa...kalau ingat kan balik  rasa macam drama yang selalu tengok kat tv je ,cuma takde slow motion je....
Berbual2 sampai tak ingat orang sekeliling ,sedar2 dah berjam juga walaupun cuma duduk di bangku depan masjid je.Nak minum2 kat cafe pulak banyak yang tutup haritu.Nak keluar ke tempat lain ,tak sempat kerana aku harus meneruskan perjalanan balik.
Apapun kami syukur tak terhingga bila dapat bertemu semula walaupun ketika kali akhir kami jumpa zaman remaja muda belia....bila jumpa semula dah jadi mak2'dara....31tahun terpisah...Alhamdulillah2 bertemu juga.
                     Foto: sumber google

12 comments:

  1. Reaksi pertama bila mata bertentang pasti tangan serta-merta mendepang dan saling berpelukan. Indah pertemuan yg lama terpisah sukar digambarkan dgn kata-kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentunya kakzakie...betul2 indah suasana ketika itu ,

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Alhamdulillah bejumpa kembali..tentu tak cukup masa nak sembang kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah seronok jumpa rakan lama tentu menggembirakan

    ReplyDelete
  4. Wah siri jejak kasih ye kak...syukur dapat jumpa kawan baik yg dah lama terpisah...saya bole bayangkan situasi akak..kalau saya jumpe akak nanti nak peluk kuat2 jugak la... :')

    ReplyDelete
  5. Mesti banyak cerita yang dibualkan sampai berjam2 tak sedar.Semoga selepas ini bolehlah selalu berhubung.

    ReplyDelete
  6. wah besttnyeee saniah kan
    mesti kelu lidah berkata tu
    kaknoor pun pernah jugak alami ni bertemu dgn rakan fb walaupun dok kt seberang ni tpi masih lgi rakan2 nk jumpa besttt sngtt bila ingt saat2 itu

    ReplyDelete
  7. terasa juga nak jumpa sahabat zaman sekolah dahulu..rasa sebeginilah rasanya...gembiura baca artikal ni seolah akan berlaku pada Etuza juga

    ReplyDelete
  8. masa tu terus terbayang zaman kegemilangan bersama kan..

    ReplyDelete
  9. Alahai bestnya dpt jumpa kawan lama SI....Kalau dapat abadikan gambar berdua dlm blog lagi best kan....

    Kalau saya pun sama, mesti mcm nak jumpa pakwe kekdahnya hihi...
    31 tahun bukannya sekejap, lama tuuuu

    ReplyDelete
  10. Dapat saya bayang kan betapa gembiranya kak saniah dapat berjumpa sahabat lama..
    Ye lah hampir 31 tahun tak berjumpa kan..
    Macam saya berjumpa kawan sekolah lama setelah hampir 28 tahun tak berjumpa..
    Kegembiraan akak berdua tu disaksikan oleh keluarga masing-masing.. lepas ni boleh berjumpa lagi kak..

    Maaf kak, saya ada tag akak utk jawap soalan.. harap akak sudi ye menjawabnya.. mohon pergilah ke blog saya tu ye..

    ReplyDelete