Total Pageviews

Monday 27 June 2016

Berbuka tepi jalan

Assalammualaikum
Hari raya semakin menghampiri bermakna Ramadhan semakin kita tinggalkan Mungkin kah kita akan bersua lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan ...hanya Allah yang mengetahui.
Walaupun kata nya persiapan untuk sambut raya tak seberapa tapi perlu diselesaikan juga sebelum menjelang syawal .Al Quran juga tinggal beberapa juzuk lagi belum dihabis kan .Mudah2an akan dipermudahkan untuk khatam dalam bebrapa hari lagi sebelum Ramdhan berakhir....InsyaAllah.
Khamis lepas agak kalut juga lah terkejar2 masa .Tengahhari setelah Iman balik sekolah selepas zuhur terus bertolak untuk ambil Azim di asrama .Cuaca hari tu agak panas terik dengan keadaan jem disana sini memang mencabar rasanya .Singgah pulak beberapa tempat untuk jelaskan bil2 .Iman pun tak berapa sehat sehingga tertidur dia dalam kereta...sekolah agama petang tu ponteng sebab takde sesiapa kat rumah
Azim pun katanya demam ,cermin mata pula patah perlu buat baru.Lesu budak berdua tu tapi masih mampu teruskan puasa hingga ke waktu berbuka .Dari sekolah Azim, terpaksa singgah beberapa tempat untuk bayar bil2 dan singgah ke kedai cermin mata.Buatkan untuk Azim dan Iqa sekali yang cermin mata dah uzor sangat.
 Lepas Asar juga lah baru kami tiba rumah ,terus solat sekejap .Terus ke dapur masak untuk ifftar petang tu.Masak sayur  bening kobis campur cendawan ,sambal bendi ,ayam goreng tepung ...itu je lah yang masih aku ingat .
Selesai masak tengok jam dah pukul 6 petang ,Fateha wasap kata bas yang dia naik dah tiba Yong Peng .Tergesa2 aku kejutkan suami yang dah terlena seketika setelah solat asar tadi.Kepenatan setelah balik kerja tak berehat lagi.Sebelum aku dan suami pergi pesan Iqa suruh buat air sirap je untuk mereka berbuka nanti.Sebenarnya aku perlu ikut sama untuk beli barang dapur dan sabun basuh yang dah kehabisan .Anak2 kalau balik pasti bawa kain baju yang setimbun....
Bawa bekal 2 botol kecil air mineral buat berbuka ,juga membeli 3  ketul roti tapi sampai la ni masih tersimpan lagi kat peti ais...
Fateha kata boleh turun Skudai .Perjalanan kami lancar je,sebaliknya perjalanan bertentangan menghala balik perghhh,..jem teruk.Mungkin  masing2 mengejarkan waktu berbuka.Tak lama tunggu bas Fateha tiba.Sementara tu suami beli  sebungkus air teh tarik ,katanya nak minum  air panas waktu berbuka nanti.Aku pesan belikan 2 ketul bugger,apatah lagi Fateha takde bawa bekalan makanan utk berbuka.Sebenarnya Fateha tak dapat balik saing abang dia dengan kereta ,disebabkan perlu hadir LI harini sementara abang nya partikal di sana lagi .
Hanya dua tiga beg yang ditumpangkan untuk dibawa balik kelak.
Setelah Fateha dah tiba,kami pun pusing balik.Jem dah kurang,laju jelah encik suami bawa.Tapi azan tanda waktu berbuka hampir tiba ,suami singgah depan petron untuk berbuka sekejap.Minum lah kami  dengan air yang dibawa tadi dan alas perut dengan 2 biji bugger dan sebungkus air panas .Kami kongsi bertiga dengan makanan apa yang ada ....syukur Alhamdulillah...Itupun tak habis kami makan...yang pelik nya kalau kat rumah boleh licin kami makan kalau sedikit gitu...hihiii.
Foto: seketul burger berkongsi dengan suami masih bersisa lagi.Fateha juga hanya makan separuh je.
Kali pertama berbuka di tepi jalan.
Setelah alas perut teruskan perjalanan balik .Tiba rumah budak ber3 dah relax2 selesai berbuka dan solat Maghrib.Kami bertiga solat dulu sebelum  sambung berbuka lagi dengan apa yang terhidang .


14 comments:

  1. Kalau keluar dah petang hari selepas asar..
    Memang jem kan kak..
    Kat sini pun orang sibuk lagi nak membeli belah..

    Beza kot kak..
    makan dalam kereta dari yg terhidang diatas meja..
    Tulah makan tak habis..
    walaupun burger sebijik kan..
    makan kat rumah gembira..
    ramai2 makan bersama..

    ReplyDelete
  2. berbuka dirumah lebih selesa kot kak berbanding didalam kertea macam tu, itu yang tak habis agaknya kan.

    ReplyDelete
  3. penat sangat agaknya tu kak. sampai burger sebijik pun dah tak lalu nak habiskan.
    di rumah sendiri juga yg selesa dan puas kita nak makan kan kak.

    ReplyDelete
  4. Bukn xhbs kak.. Simpan perut tuk mkn time tiba kt rumh nnti.. Baru seronok.. Yumm yumm yumm..

    Ps : akak sihat?

    ReplyDelete
  5. Aaminn...moga doa kite di dengari dan di makbul kan Allah ye kak...hadoiyai saya yg baca entry akak ni bole bayang camne punye lemau badan satu hari kulu kilir cengitu...alhamdulillah...masih di beri kesempatan dan s=rezeki alau hanya berbuka di tepi jalan...penat punye pasal makan burger kongsi2 pon tak bole nak abiskan...sesekali kongsi2 makan camtu kire detik2 romantik gak tu kak...kikiki...nak2 kalau akak yg suap kan...gituuu...hahaha...jangan marah hah saje menyakat akak...buka kat rumah gak yg selesa kan kak...pastu bole terus solat

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni tempat kita sana-sini jem
    Kalau ke Kipmart dan Angsana lagilah parking pun tak ada ruang
    Itu yg kalau lewat boleh terperangkap dan terpaksalah berbuka dlm kereta..

    ReplyDelete
  7. Tak habis tu sebab teringat sayur bening ngan ayam goreng tepung kat rumahlah tu haha....Air tangan sendiri tentulah yg terbaik dan tersedam dalam dunia kan SI hihi...

    Senanglah nak berkemas Raya kalau macam nikan, 2 anak dara boleh tolong hihi...

    ReplyDelete
  8. Iza pun alhamdulillah kak.. Sihat.. Akk jgn angkat berat2.. 😍😍 buat sekadar yg termampu..

    ReplyDelete
  9. Nasib baik ada makanan utk berbuka, klau tidak kalut juga..
    Kurang selesa berbuka dijalanan, itulah x habis...
    Seronoknya ank2 dah balik cuti raya ni

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, semoha dipermudahkan beribadah di ramadhan ini.
    Berbuka di tepi jalan? Hmm.. seronok juga sekali-sekala. Saya banyak sangat pengalaman berbuka puasa di tepi jalan, di dalam hutan dan sebagainya, dalam program-program misi dakwah ramadhan...

    ReplyDelete
  11. Sesekali rasa macam berkelah pulak yer...

    Salam aidil fitri, maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  12. Nampak kelam kabut juga ye kak..pasti sedikit penat.. dpt juga berbuka dgn air & burger.. sesekali berbuka tepi jalan.. :)

    ReplyDelete
  13. Tak selera sampai burger kongsi berdua pun tak habis sebab kali ni berbuka tak cukup korum tu, kak. Kalau semua anak-anak ada, tentu bertambah seleranya!

    Saya pun dah lost tracklah apa saya masak untuk berbuka. Mood berblogging pun dah kedaung dah ni. Tak sabar nak cuti raya, bukan sebab nak raya sangat pun! Nak cuti aje :)

    ReplyDelete
  14. We all kalau buka tepi jalan ni masa nak balik kg. bertolak agak petang, so maghrib di jalan. makan dalam kereta.. seronok pulak kan..

    ReplyDelete