Total Pageviews

Tuesday 28 June 2016

Minggu minggu yang sibuk.

Assalamualaikum
Mungkin minggu ni dan minggu2 raya aku tak berkesempatan nak mencoret .Kesibukan membatasi waktu ,apatah lagi tinggal seminggu je lagi nak raya.Perlu berkemas seadanya .Hanya aku dan Iqa yang ada ,Fateha dah pergi LI  mulai semalam.Simpati juga si ayah yang ulangalik mengambil menghantar ke Bandar Tenggara setiap hari ....dengan terkejar2 pergi kerja pulak.Memang takde masa dia nak tolong membersihkan rumah seperti tahun2 sudah.
Kat rumah ni belum ada seketul kuih pun untuk raya..... sibuk memanjang walaupun sekadar kuih tunjuk tak berkesempatan nak membelinya....ntah apalah yang disibukkan sangat kan Hainomokje,padahal melingko je lebih .....hihiii.Tapi betullah dah 'driver' tak sempat nak buat camna kan.Nak  bank in untuk anak sulong pun terpaksa tunggu lepas buka ,walaupun badan rasa letih sangat .....apatah lagi encik suami yang ke hulu ke hilir demi anak.
 .....Selamat Hari Raya untuk sahabat dan adek2 blogger tersayang.Maaf zahir batin andai ada menyinggung hati sewaktu singgah ke ruang komen kalian.
Insyaallah kalau ada kesempatan akan ku hadir ke blog2  kalian.

17 comments:

  1. Sama-sama Kak Si, selamat hari raya. Maaf zahir batin Betul tak sempatkan tahun ni, beli kasut tanpa budak2 pun dugaan terpaksa pegi 2 kali sebab tak muat.. moga dipernudahkan urusan kita bersama. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. selamat berhariraya jugak dari kaknoor saniah ya
    mmg orang pompuan paling sibuk time raya ni
    tk kurang jugak para bapa2 kan
    semoga ALLAH bg kesihatan utk kita semua ya dlam menyambut aidilfitri yg bakal menjelang

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA SANIAH N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  4. Lg nak dekat raya lg byk kerja nak dibuat...

    Selamat Hari Raya
    Maaf jika nur ada terkasar bahasa
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  5. mohon maaf zahir batin juga andai ada komen yg menyinggung rasa . Selamat menyambut syawal dan semoga dipermudahkan semuanya .

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya maaf zahir batin ye kak Saniah..
    Mana tahu sepanjang saya meninggalkan komen disini ada yg menyinggung perasaan akak..

    Buat kemas sikit2 kak..
    Kesihatan kena jaga juga ni..
    Kuih tu lagi murah dijual sehari nak raya kak..
    Masa tu akak tunjuk jer mana nak :)
    Jangan risaukan fikiran kuih masih tak ada ye ..

    ReplyDelete
  7. Salam Lebaran Kak Sania..mohon Maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang meninggalkan jejak di blog ini..moga urusan hari raya berjalan lancar...
    sy baru nak start mengemas apa yg patut sblm balik ke Melaka nti... :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak juga.
    Mengharap semuanya baik-baik belaka.

    ReplyDelete
  9. Sedih pulak baca ucapan Hari Raya dan maaf tu SI tambah lagi sambil dengar lagu sedih ni huhu....
    Saya pun sama ye SI....maafkan saya andai ada salah tutur kata.

    Hihi ......minggu depan nampaknya dah tak boleh melengkolah ye SI....u? Nak pasang langsir ke? hihi

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya juga kak, maaf jika ada tersalah kata semasa komen kat blog akak ni ye

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya kak...moga akak happy2 je sepanjang lebaran ni bersama keluarga tercinta...mohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut kalau2 ada kata2 sy yg menyinggung perasaan akak...tentang maaf akak pulak takde satu pon kata2 atau tulisan akak yg buat saya kecil hati malahan semua tulisan akak selalu buat saya jadi happy dan menyenangkan...salam lebaran dari saya yg jauh di mata tapi dekat di hati... :')

    ReplyDelete
  12. Walaupun Syawal ada 5 hari lagi nak sampai, tapi saya mohon maaf kiranya ada salah silap saya dalam menulis komen di blog Saniah ni. Lima hari tu kita tak tahu apa nak jadi kan....

    SELAMAT HARI RAYA buat Saniah sekeluarga. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dari-NYA.

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya maaf zahir batin Kak. Maaf ye kalau saya Ada terkasar bahasa semasa menulis yg menyinggung perasaan. Maklumlah taip ikut sedap jari je
    Saya pun akan mula sibuk hari ni.
    Akak dah siap mengemas ke?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak, semoga sihat sentiasa...
    Selamat menyambut aidilfitri yang bakal kunjung tiba...semoga menyambutnya dengan kemeriahan bersama keluarga. Mhn maaf andai ada yang mengguris dalam berkomentar..

    ReplyDelete
  15. Singgah sini SI....ingatnya dah mengupdate entri Raya....rupanya belum. So bila boleh baca entri Raya ni SI?

    ReplyDelete
  16. Singgah sini SI....ingatnya dah mengupdate entri Raya....rupanya belum. So bila boleh baca entri Raya ni SI?

    ReplyDelete
  17. Eh, dah ucap selamat hari raya kat Kak Saniah ke belum ni? Hehehe...

    Saya pun lemau aje sebelum dan selepas raya. Malas pulak jadinya nak menghadap blog. Dalam masa yang sama pun memang sibuk di pejabat.

    ReplyDelete