Total Pageviews

Tuesday 14 June 2016

Selera bulan puasa.

Assalamualaikum
Dah pun lebih seminggu kita berpuasa kan....cepat sungguh hari2 semalam kita tinggal kan.Setakat ni belum lagi ke bazar untuk cari juadah berbuka ,hanya sekali terpaksa singgah gerai yang menjual air kerana tak berkesempatan ketika balik dari hantar Azim ke asrama....dah tentu air KATIRA pilihan hati.
Menu memasak.....pening kepala dibuatnya hari2 fikir nak masak apa.Walaupun masak juadah lain encik suami baik bersahur dan berbuka pasti nasi yang dicari.Biasanya bulan puasa ni banyak masakan berasaskan ayam, kalau ikan Iman lagilah payah nak menyentuh nya.Naik muak pulak bila hari raya nak pekena ayam dan daging lagi.
Buat kerabu dapat membangkitkan selera.Walaupun semalam berbuka selain dari nasi ada juga meehoon goreng ,aku makan kerabu kacang botol dgn meehoon je....
Dua tiga hari lepas teringin nak makan kerabu tomato,buat lah sebekas kecil....berselera sungguh rasa tekak aku......sedappp.Iqa tak berminat pun nak menjamah.Si ayah ada mencuit sikit.Iman jauh sekali nak makan segala sayuran.
Dua hari lepas buat epok2 sedikit untuk kami 4 beranak berbuka,dan sedikit untuk hulurkan pada jiran.Puas lah makan kalau dibandingkan beli kat bazar yang cuma beberapa ketul berbanding dengan harga.
Adek2 dan teman2 blogger makan apa ya untuk bersahur dan berbuka?....


11 comments:

  1. Td bersahur mkn nasi dengan telor goreng je. Hehe

    ReplyDelete
  2. kami makan nasi lagi sahur td. berbuka pun sama nasik juga. Ada juga sekali dua ke bazar ramadhan kerana terpaksa. nasi juga yg dicari.

    kita sebagai emak ni kena fikirkan selera anak2 dan suami dulu, baru selera kita kan kak. kalau sayalah, yg ringkas2 sudah...tp apakan daya.

    ReplyDelete
  3. Pagi tadi saya sahur masak sambal tumis udang kak saniah..
    Laju jer mereka makan..
    Buat tumis bayam dan telur masak kicap utk Nabil dan najeeha dan kak nabilah pula nak telur dadar..
    En suami lagi mudah .. makan bubur lambuk sama telur masin..
    Bubur tu ambil kat masjid jer :)
    Saya makan lah semua tu..

    Macam sedap tengok kerabu tomato akak tu..
    Cer kongsi resipi sikit :)

    ReplyDelete
  4. Kalau tak nak pening ikut cara kakak beli aje haha... org pemalas ni senang aje SI:)

    ReplyDelete
  5. saya berbuka dna bersahur memang makan nasi kak, suami saya hanya makan kuih, jadi saya tak begitu pening untuk fikir apa untuk dimasak

    ReplyDelete
  6. Pagi tadi semua tak nak makan nasi, semua nak makan megi, saya layankan je asalkan dorang nak bersahur.
    waktu berbuka pernahlah dua kali cubaan membeli kuih di bazaar, lepas tu cakap dengan anak2, lain kali tak usah beli sebab bukan habis pun makan. Menu kami mesti ada sayur, kalau takde sayur macam tak lengkap rasanya.

    ReplyDelete
  7. Sahur td baru ada mood masak2...goreng ikan masak kicap dgn kacang bunciss...berselera memasing

    Ptg ni plan nak bt karipap pula...mmg puas hati buat dr beli kan

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah tak tahu kak nak bersahur apa. Semalam lewat sampai rumah. Ingat nak buat nasi ayam terbatal pulak rancangan. Kami makan nasi goreng aje berbuka puasa. Lepas tu kena supperlah, kena masak dua kalilah saya!

    Ahah, tiba-tiba teringat kerabu tomato ni kalau hidangkan kat HD pasti licin. Selalu saya slice tomato dengan bawang pun HD licinkan!

    ReplyDelete
  9. Kaknoor sahur dgn acar ikan masin dan nasi putih jugak kopi mineral cukup dah tu itupun slow bebeno nk habiskan sbb berbuka 9. 30 mlm sahur pulak kul 2. 30 pgi sbb kul 3 dah subuh

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak,
    Semoga dipermudahkan dalam beribadah di bulan mubarak ini. Inilah yg masalah sering dihadapi oleh kebanyakan suri rumah di bulan Ramadhan, "dah tak tahu nak masak apa" ...sama je org rumah pun macam tu juga hehehe..semoga Allah SWT melipatgandakan ganjaran buat para ibu yang bersusah payah menyediakan juadah berbuka dan bersahur utk keuarga...aminn

    ReplyDelete
  11. Saya dah2 kali jugaklah ke bazar SI.... cari kuih.Lepas tu dah malas dah sebab nak parking punyalah susah... hihi....
    Hari ni ingat nak buat sotong goreng tepung ngan telur bistik, ke sotong nestum.... entahlah mana satu. Jadi ke tak tak taulah hihi....

    Sahur selalunya saya tak masak SI....Kalau ada lauk lebih saya panaskan, kalau tak makan roti cicah air je. Anak saya makan cereal je

    ReplyDelete