Total Pageviews

Thursday 18 August 2016

bakal jadi kenangan

Assalamualaikum
           Foto: keindahan mentari pagi baru nak menyinar.
Rutin harian encik suami menghantar Fateha dihari2 bekerja  berjalan seperti biasa .Rutin aku jadi peneman juga seperti biasa sebelum bersara lepas 2 minggu nanti.Bila dah hari2 lalui jalan2 yang sama 4kali sehari ,macam2 dapat dilihat ,yang accident lah yang kenderaan rosak lah.Tapi yang jadi perhatian aku melihat budak2 sekolah pergi sekolah tanpa pakai helmet .Baik perempuan atau lelaki sama saja ...Padahal jalan yang mereka lalui jalan utama .Bila awal pagi gitu memang banyak kenderaan termasuk juga lori2 besar.Kebanyakan mereka masing2 berebut nak ke tempat kerja..Dengan bersahaja anak2 sekolah ni  menunggang tanpa helmet....aku yang melihat ni pulak kecut perut melihatnya.....mudah2an anak2 ini dilindungi Allah dari segala musibah.

Sepanjang 2 bulan Fateha buat LI ni hanya berberapa hari saja kami bermalam di quaters dia.Selebihnya masih lagi berulangalik dari rumah.Sesekali menjengah quaters sambil membersihkan habuk2 ....dan dah tentunya bila dah takde penghuni mak menti jadi maharajalela.
Sebenarnya jika mahukan kedamaian atau berkarya ,rumah ni memang sesuai sangat sebab jauh dari hiruk pikuk kenderaan .Dikelilingi pulak pokok2 yang menghijau....nyaman rasa udara yang dihirup.Bila dah kata dikelilingi pokok2 ...macam2 haiwan halus dan unggas  yang ditemui....mujor juga lah sang jalar tak singgah .Kalau tak mungkin aku  yang cabut dulu ...
Masaalahnya ulat bulu pun banyak .Kala terleka sempat juga masuk ke rumah .Bila lama tak menjengah rumah ,semut juga tumpang menghuni .Budak2 ni pelik sebab semut2 pun besar seperti kerengga .Si ayah kata itulah semut dari kebun kelapa sawit.Kami ni tinggal di kampung tapi suasana berbeza ....budak2 kat rumah ni siput b...i pun tak kenal .Apatah lagi banyak duk dalam rumah dari menjengah ke sekitaran .
Foto: ini kerja Iman lah yang snap gambar ,bila nampak belalang yang tak pernah dilihatnya sebelum ni.Unik kan seperti ranting kayu je...aku pun tak pasti nama.belalang ni.

2 minggu lagi LI Fateha akan berakhir.Tempat dan quaters ini akan di tinggalkan ....Ianya bakal jadi kenangan pada kami dan Fateha sendiri.Kenapa kami?....sebabnya Fateha hanya bermalam di situ bila bersama kami saja ,tak pernah kami lepaskan sendiri.

11 comments:

  1. quarters estate macam tu lah kak. saya yg pernah duduk rumah sebegitu dah paham sgt. semut hitam besar2 menjalar2 setiap masa kan kak?

    itu bukan belalanglah kak, itu mentadak. rupa macam ranting sebab senang dia nak menyamar diri dr musuh! hihi

    ReplyDelete
  2. Sekejap ajekan kak masa berlalu. Dah nak habis LI si Fateha ni. Saya ni memang gayatlah kalau tengok budak-budak sekolah/remaja atau pun makpak yang bawa anak naik motor tak pakai helmet. Berserah pada takdir aje ke agaknya depa ni?

    Ingatkan Iman tahu lebih daripada anak-anak saya rupa-rupanya sama aje ya, kak ^_^

    ReplyDelete
  3. Yang tinggal kenangan tu lah mencuit hati kan kak..
    Kekadang jadi rindulah pulak..
    Saya suka persekitaran yg macam tu tapi takut yg menjalar tu..
    Kalau yg serangga tu ok lagi lah..

    Seriau kekadang tengok budak2 naik motor tak pakai helmet..
    Yang pakai helmet pun ada yg cedera...
    semoga mereka dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  4. Budak budak kampung mmg berani SI...budak darjah 6 pun dah terer bawak motor dah....

    Seriau jugak tu kalau ada ulat bulu. Patutlah Fateha tak nak bermalam kat situ. Kang tak pasal pasal gatal satu badan. Budak lelaki kan kretif SI, jumpa je benda benda pelik ...

    ReplyDelete
  5. Bangun pagi mesti best dapat hirup udara segar.. Fuh!

    ReplyDelete
  6. MEMANG JADI KENANGAN BUAT FATEHA SANIAH N FAMILI BERADA DLM SITUASI YG PERTAMA KALI DIALAMI TAPI SERONOK JUGA KAB

    ReplyDelete
  7. Biar kenangan itu terus melekat di minda.

    ReplyDelete
  8. bahayanya tu kak mennungang motosikal tanpa helmet, moga mereka dilindungi hendaknya.

    Sekejap saja masa berlalukan, dah nak habis pun LI fateha.

    Belalang tu pernah tengok tapi namanya saya pun tak tahu

    ReplyDelete
  9. memang seronok duduk dekat tempat yg jauh dari kesesakkan kota raya. alhamdulillah bagusnya akak temankan anak bermalam :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik...
    Bakpe pulok saya yang rasa sayu bila baca n3 ni, adoii..hehe..
    Kat mana-mana pun sama pemandangan budok-budok bawa motor. Kadang-kadang kita yang tengok rasa takut dan gerun, tapi diorg biasa je..budok-budok zaman sekarang...

    ReplyDelete
  11. Anggap je le bapak bebudak tu x belikan helmet ... Heheheee ... Quarters mcm tu bkn setakat binatang je, org pun blh mengacau ... Indah sungguh pemandangan di pagi hari ...

    ReplyDelete