Total Pageviews

Thursday 28 September 2017

Ku tunggu saat itu

Assalamualaikum
Insyallah majlis konvo U anak2 yang dua orang tu akan diadakan mulai 4 November nanti.Syukur sangat mereka terima anugerah pada hari yang sama dan waktu yang sama.Kalau tidak bermasalah juga pada kami yang terpaksa berulangalik dari Johor.Memang tak boleh stay lama2 sebab Iman ada pekse sekolah agama dan bermulanya SPM Azim minggu tu.Itupun Azim tak dapat meraikan sama2 majlis graduasi kakak abang nya kelak.
Dah lama ku tunggu saat ini.Ketika anak2 kawan sudah mula berkerjaya ,anak2 ku masih bertungkuslumus belajar.Mereka lahir lambat ,perjalanan kehidupan mereka pun agak lewat dari anak kawan2.Bersyukur Allah masih beri kesempatan pada kami untuk melihat anak mengenggam segulung ijazah masing2.
Anak sulong dengan Fateha beza umornya hanya setahun.Bila ke U berturut2 tahun juga.Dugaan dan kewangan juga berganda .Si abang belajar 5 tahun ,Fateha 4 tahun.Memang mencabar pada kehidupan kami nak melihat anak belajar dengan selesa.Alhamdulilah kini kami peroleh kegembiraan yang berganda juga ....Insyallah
Ku tunggu saat itu.

19 comments:

  1. TAHNIAH KPD KEDUADUA ANAK SANIAH YG BAKAL GRAD..ALHAMDULILLAH TERLAKSAA IMPIAN MLIHT KEJAYAAN ANAK2 DLM PLJRAN

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat anak2 akak saniah juga buat akak sekeluarga.
    Saya yg membaca pun tumpang gembira..
    Rasa tak sabar menunggu saat itu kan akak..

    Saya lagi lama nak menunggu anak2 saya ni 😌

    ReplyDelete
  3. tahniah kak saniah, segala jerih perih terbayar dengan kejayaan anak2 kan. tahniah juga buat anak2 akak

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk anak2 kak Saniah dan untuk akak dan suami juga. semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah! Tak lama lagi tu, Kak Saniah. Semestinya hari itu menjadi antara hari paling bahagia buat abang dan kakak. Segala penat jerih membesar dan menyekolahkan anak, terbalas juga akhirnya bila lihat mereka menggenggam segulung ijazah.

    Saya ni pun macam akaklah agaknya. Entah dapat ke tidak tengok anak masuk universiti dan terima ijazah. Berdoa ajelah umur panjang dan kesihatan baik.

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk anak2 dan maknye juga.

    ReplyDelete
  7. 2 x tahniah Saniah! Seronoknya!

    ReplyDelete
  8. Tahniah tahniah untuk abang dan fateha dan untuk SI dan suami jugak...

    Alhamdulillah depa dah berjaya...

    ReplyDelete
  9. Tahniah kak saniah dan anak2...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Kak,tumpang gembira. Alhamdulillah, slp ni ank2 pula akan berbakti kpd kedua ibubapa yg sudah byk berkorban utk mereka.

    ReplyDelete
  11. Tahniah buat Saniah dan suami. Impian yg ditunggu2 akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Salam, lama tak singgah sini.

    Jalan hidup seseorang berbeza..untunglah kalian yang masih ada suami dan anak2 masih ada bapa. Macam bunda dulu dua orang anak baru lepas belajar. Tengah tercari2 pekerjaan. Yang dua lagi masih belajar. Sorang baru 2 bulan nak sambung belajar...yang bungsu baru tingkatan 4, masa tu lah juga arwah suami pergi.

    Terkapai2 tau bunda sorang2 membesarkan anak2 yang dah remaja. Harap pencen suami bekas tentera. Orang nampak bunda senang, sebab arwah pergi anak2 dah remaja. Tapi dorang tak tahu, umur2 beginilah anak2 sedang melanjutkan pengajian.

    Apa lagi yang nombor 3 tu sambung bidang perubatan, bertahun masa pengajiannya. Nasib dapat biaya JPA. Kewangan jangan ceritalah. Kami kedua2 belah pihak pun bukan dari orang yang senang. Bunda pula tak bekerja.

    Demi kelangsungan hidup dan demi nak tengok anak2 terus maju dalam pelajaran, bunda terpaksa telan segalanya. Nak menangis, senyap2...anak2 tak nampak.
    Terpaksa catu apa2 yang patut. Tolak ketepi apa saja untuk diri sendiri, dulu kan keperluan anak2...bak kata orang terpaksa ikat perut.

    Kini 3 anak dah kawen. Dah berkerjaya.. lepaslah sikit sesak didada ni... Sekarang sibuk dengan cucu pulak, sebagai teman bermain mengisi kesunyian.

    Selebihnya cuma menunggu ajal jer datang menjemput pulak.

    ReplyDelete
  13. Tahniah untuk ke dua duanya

    ReplyDelete
  14. tahniah utk anak2 ahkak Saniah., semoga dipermudahkan urusan konvo nnti., aminn

    ReplyDelete
  15. tahniah kak, semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Kak Saniah..
    Didoakan semoga akak & keluarga beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu..
    Alhamdulillah kak akhirnya anak-anak akak grad juga.. Tak kisah lambat atau cepat, semua itu sudah menjadi ketentuanNya..

    Semoga dipermudahkan segala urusan akak nanti.. Aminnn

    ReplyDelete
  17. Saya pun tak sabar nak tunggu saat itu SI. Moga dipanjangkan umur diberikan kesihatan yg baik dan dpt melihat anak anak ambik ijazahnya ...
    Tahniah utk abg dan Fateha... Ringanlah sikit beban abg kan bila 2 org dah lepas, faham faham ajelah bila anak anak tgh belajar ni. Banyak duit guna, tak duit yuran, duit belanja makan.... huhu

    ReplyDelete