Total Pageviews

Tuesday, 30 January 2018

Iman dan UPKK

Assalamualaikum
Keputusan UPKK dah pun keluar semalam.Iman sendiri tak tau akan keluar semalam sebab ustazah dia kata 31/1.Masa senggang aku duk layan google.....tiba2 terpandang tarikh dan waktu keputusan keluar.Masa dia belum balik sekolah kebangsaan aku try buat semakan di internet tapi agak sukar tembusi .Sehingga lah dia balik sekolah bagitau kat dia yang keputusan dah keluar.Respond dia biasa2 je ,mungkin tak terfikir keputusan yang cemerlang kerana masa pekse akhir tahun sekolah agama agak merosot .
Sejak2 ni pun selalu merendah diri,kata tak pandai dalam pelajaran tapi berbangga sebab aktif dalam persatuan2 di sekolah dan menjawat berbagai jawatan.Aku kata jangan kata begitu,kalau usaha dan rajin ,Insyaallah boleh ...Mungkin salah satu sebab kurang nak belajar nya,melihat kan kakak dan abang nya dah tak sekolah.Tak de persaingan lagi untuk mencabar diri.
Berbalik pada keputusan UPKK, setelah dia pergi sekolah agama ,aku cuba buat semakan lagi di internet walaupun redha dengan apapun yang dia perolehi,tahu dengan keupayaan si bongsu ku .Bila melihat apa yang tertera....terkejut mak ,Alhamdulillah....Alhamdulillah.
Harap Iman lebih berusaha untuk UPSR dan SDEA tahun ini.Mak hanya mampu mendoakan je,Iman yang kena usaha.
        Foto: nak pi sekolah sempat berselfie....masam nya muka😆

10 comments:

  1. Tahniah Iman.....
    Rezeki Allah, semua anak anak cemerlang. Hilang penat lelah ayah yang bekerja bila tengok keputusan anak mcm tu ye SI.
    Alah Iman tu konon kononlah sangat merendah diri tu.....padahal nak cover ngerilah tu hihihi..

    ReplyDelete
  2. Tahniah iman. In shaa Allah meneruskan legasi abang kakak tu.
    Ooh kat Johor pekse sekolah agama tahun 6 tu panggil SDEA ye, Kat selangor panggil PSRA, kalo keputusan upsr dan psra bagus boleh dapat tawaran sekolah agama penuh tajaan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, pintarnya anak2 k. saniah.

    Tahniah Iman..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tahniah kepada Iman atas kejayaan dalam UPKK. Moga ia menjadi perintis kepada kejayaan2 yang akan datang. Tahniah dan penghargaan juga kepada akak kerana kejayaan anak-anak adalah kerana berkat doa dan didikan orang tuanya..

    ReplyDelete
  5. Tahniah iman dan ibu ayah iman

    ReplyDelete
  6. tahniah Iman ;)
    semoga jadi anak yang terus cemerlang

    ReplyDelete
  7. Tahniah Iman..
    Semoga terus cemerlang dunia akhirat..

    Alhamdulillah kak saniah..
    Berjaya akak didik anak2 akak..

    Nabil tahun ni UPKK nya..
    Tak tahulah tu..
    Byk main ajer ni..

    ReplyDelete
  8. pembelajaran sekarang ini memang tinggi tahapnya. melihat buku kerja anak sedara, geleng kepala dibuatnya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..tahniah iman, semoga terus berjaya

    ReplyDelete