Total Pageviews

Wednesday 24 January 2018

Rezeki Ahad

Assalamualaikum
Pagi Ahad pergi rumah kakak di Simpang Renggam.Saja datang ziarah,kalau hari lain dia bekerja.Seronok pergi rumah kakak ni ,banyak hasil tanaman disuruh bawa balik.Pokok cili padi banyak ,part nak memetik sendiri  tu je yang kena rajin.
Dapatlah bawa balik banyak ni...
Kami bawa balik buah roselle juga.
Banyak lagi yang diberi ....
Masa nak balik tu ikut kakak ke Kampung Shari,kata nya nak beli ikan dan sayur untuk masak tengahari.Aku baru kali pertama pergi....wah excited nya tengok ikan dan barangan basah juga sayuran  semuanya murah2.Kami datang dah pukul 11,mungkin awal pagi lagi banyak  jualan.Sebelum tu ingat nak tengok2 je tempat yang kakak nak tuju tu tapi bila dah tengok murah2 ,memang tak boleh tidak pasti nak beli.Aku beli 2 jenis ikan,sotong , sayur2 ,ikan masin dan pisang tanduk.Semuanya murah sangat dan dikurangkan harga lagi.Bukan tu saja banyak yang diberinya.Apatah lagi bila tahu kami dari tempat lain dan pertama kali datang,lagi banyak disedekahkan...rezekiiii.Kata kakak peniaga tu memang suka memberi jika belanja kat tempat dia.Patutlah pelanggan dia ramai.Mudah2an perniagaan mereka semakin maju kerana sifat pemurah nya itu.
Lokasi ---belakang masjid Kg Shari,tak jauh dari jalan besar.
Rasanya blogger Warisan Petani lebih arif kawasan Simpang Renggam ni.
Antara ikan dan sotong yang aku beli.

Aku hanya beli brokoli harga Rm 2.50 dan 4 biji pisang tanduk Rm 5.Tapi yang diberinya serumpun daun salad,sebatang lobak merah ,tomato ceri....banyak ,bagi pada kakak separuh....seikat serai,juga aku berikan pada kakak .Kat rumah pun dah banyak aku tanam serai.Dia nak bagi juga daun kesum tapi aku menolak sebab kat rumah ada .Last sekali dia beri satu plastik kecil yang ada 3 ketul kuih ondeh ondeh

Salah satu menu tengahari  Ahad .......sayur dan sotong beli di kedai 'Bakar Banjarish'

Sambal cili padi + tomato  ceri .....antara menu semalam
Ini kedai yang dimaksudkan .Iqa snap gambar kelamkabut ,malu pun ya...hasilnya kabur...

11 comments:

  1. Murah rezeki orang tu kan saniah..sebab dia sendiri pemurah

    ReplyDelete
  2. Jarang beli tomato ceri tu SI , bukan tak suka, suka sebenarnya. Kalau masak sweet sour tabur je kan, senang tak payah nak dibelah lagi hihi...

    Mesti murah rezeki orang tu ye SI. Dahlah pemurah. Ramai yg mendoakan tu..

    Mcm menarik pulak sambal cili api ceri tu. Bila bila nak trylah....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki tu.
    Tapi eh Saya perasan blog akk ni selalu citer pasal rezeki Kan.
    Saya yakin sbb akk ni pemurah orangnya sbb tu rezeki akk pun murah, Tak gitew;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alhamdulillah. Sifat pemurah pasti akan dibalas dengan kemurahan rezeki. Mudah-mudahan kita yang berkongsi/promosi lokasi gerai makan, gerai sayur atau apa2 shj produk sahabat-sahabat yg lain, turut dimurahkan rezeki kerana membuka jalan rezeki Allah SWT kpd mereka..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah banyak dapat hasilnya tu... rezeki semua tu kan kak. bagus peniaga tu moga bertambah2 rezekinya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga bertambah rezeki..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. the more you give, the more you get

    ReplyDelete
  8. perghhhh
    nampak sedap pula tgok cili2 tu
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..
    Sama2 pemurah..
    Tu Allah jumpakan org yg pemurah juga buat kak saniah..

    Dah lama tak mkn sayur campur..

    ReplyDelete