Total Pageviews

Wednesday, 16 April 2014

Iman dan zapin

Assalammualaikum
Malam ini buat kali kedua Iman memulakan latihan tarian zapin(tarian kebudayaan Johor) yang dianjurkan oleh GPW kawasan kami.Aku tak lah begitu bersetuju dengan apa yang dia ikuti ni kerana latihan2 diadakan pada hari persekolahan ,sedangkan balik sekolah pun hampir maghrib.Tergesa2 solat dan selesaikan jadual sekolah agama .Mujor juga sekolah keb.sesi petang dapat lah belajar dan buat homework balik sekolah agama.Sengaja aku hanya bayarkan wang pendahuluan saja dulu tanpa bayar yuran bulanan....takut Iman ni hangat2 taik ayam ...walaupun beria2 sangat nak masuk .Kakak2 dan abang2 duk gelak kan citarasa dia tak peduli dah....Iman juga kena berjanji kalau pelajaran terjejas dia kena lupakan zapin nya tu.Jangan anak aku jadi lembut dah lah.....tapi sebenarnya tarian zapin ni perlukan stamina dan kecergasan ,bukan lenggang lenggok seperti tarian asli yang lain.Kali pertama berlatih balik rumah kepenatan sangat...tapi dia seronok...

3 comments:

  1. Jarang lelaki suka nak masuk tarian ni SI...bagus dia ada minat dan tegas dengan minat dia. Kawan dia adalah tu agaknya

    ReplyDelete
  2. Tanggapan tak betul ni SI bila kata masuk tarian nanti jadi lembut. Tapi kakak percaya akan lebih berdisiplin dan sihat sebab pergerakan memerlukan kecergasan tau..

    Selalu final tarian zapin ni kat Angsana. Kakak suka tengok bila budak-budak berzapin:) Org dewasa tak menarik minat kakak.

    ReplyDelete
  3. anak minat seni, menari ni macam senaman jugak, nampak dia pandai membahagi masa tu bagus.

    ReplyDelete