tak pasti apakah ini pokok letup2 atau sejenis bunga lain
ASSALAMMUALAIKUM3 minggu yang lalu aku seperti biasalah sentiasa mengiring suami walaupun sekadar membayar bil.Agak lewat tiba ke bangunan TNB ,agak tergesa2 suami parking ditepi pagar untuk segera ke kuanter .Sementara itu aku hanya menunggu di dalam kereta.Terpandang aku pokok yang tumbuh menjalar di tepi pagar....betul2 menarik minat aku ...fikir ku apakah ini pokok letup2.Telah begitu lama aku tak melihat pokok letup2 sehinggakan pokoknya pun aku dah tak kenal .Sempatlah aku snap gambar pokok ni , suami sudah kembali semula ke kereta ,dah tak sempat bayar bil walaupun jam baru 4 lebih.
Pokok letup2 ni biasanya tumbuh di kebun atau di tepi jalan.Ketika kecil dulu bila jalan kaki ke sekolah selalu lihat banyak pokok letup2 hidup di tepi2 jalan.Tangan pun gatal je memetik buah nya yang kuning terang bila sudah matang.Seronok bila ditekan bunyi letupan kecil ,agaknya sebab itulah dinamakan pokok letup2.Ketika itu buah2 macam ni pun kami boleh makan, dalam buah yang dah matang ada banyak biji2 hitam dan agak berlendir tapi rasanya manis.Seingat aku pokok letup2 ni tumbuh menjalar dan akan mengahsilkan bunga yang cantik....tapi aku tak ingat dah rupa bunga letup2 .Batangnya ada bulu2 halus , berwarna hijau kekuningan dan menjadi kayu bila tua....
Nostalgia sungguh bila diingati...
Zaman kita jer yg jumpa buah letup-letup ni Saniah.. samalah dgn akak bila balik sekolah selalu jumpa buah letup2 ni .. mula lah berebut-rebut kawan sekolah mencari buah yg masakan... tapi bila makan banyak2 boleh jadi pening pulak.. momentum terindah zaman kecil2 dulu kan saniah :)
ReplyDeleteSamalah SI OKje dulu pun makan buah dia ....hehe lawak kalau kenang balikkan...tapi ok jer pulak yek ....sakit perut ke tidak dah lupa ...yg pasti syukur sampai sekarang masih ok lagi hehe
ReplyDelete