Assalammualaikum
Anak2 sudah balik cuti mid sem, bawa balik baucar buku yang mereka dapat baru2 ni.Fatiha ada rm 150 lagi setelah beli buku2 dan alat tulis dia .Tak banyak dia perlukan buku sebab boleh potocopy buku2 senior... lebih ekonomi.Si abang masih nak gunakan lagi untuk beli buku katanya.
Menjadi kebiasaan setiap tahun bila dapat BB1M ni bila sudah selesai beli barang2 mereka ,adik2 yang 3 orang ni lah yang boleh dapat faedahnya.Dapatlah mereka beli buku2 rujukan , buku latihan dan alat2 tulis yang lebih banyak.Kadang2 emak mereka pun tumpang sekaki nak beli novel juga....(novel setaraf orangtualah).Pesan juga pada Fateha simpan juga untuk diri sendiri ,mana tahu diperlukan nanti ....tarikh nya pun sampai Julai nanti.
Benda ni pun Fateha belikan untuk adiknya Iman ,terlupa katanya Iman sudah 8tahun,teringat masih duk tadika lagi.Sudahnya aku buatkan latitubi matematik je di sini .....senang nak tulis senang nak padam.Kalau dibiarkan Iman buat karton2 je......
Kalau dah nama kakak pasti kasih pada adik-adik tetap ada. Itu yg digunakan utk kongsi bersama adik-adik ye SI. Oklah ibu pun boleh tumpang sekaki juga hihi..
ReplyDeleteUntung Iman dapat tempiasnya....
ReplyDelete