Total Pageviews

Thursday, 3 April 2014

kisah Azim dan mata....


ASSALAMMUALAIKUM
    Aku nak cerita kenapa aku bawa anak aku Azim ke hospital tempohari seperti yang ditanya @kakzakie dan @hainomokje.Sebenarnya sewaktu aku bawa ke klinik pakar mata swasta tempohari doktor di sana suroh buat pemeriksaan lanjut di hospital besar.Sebelum ni kami tak tahu pun  bagi teruk sekali keadaan mata kanan  dia.Apatah lagi bila dibuat pemeriksaan diberitahu

ia terjadi sejak lahir lagi.Doktor kata ia dikenali sebagai lazy eye atau mata malas.Memang dah tak boleh buat apa lagi sekadar dipantau agar tidak lebih teruk kerana sepatutnya masa rawatan antara umor 5 ke 11 tahun ,kini dah lewat.Sekarang dia sudah pun berusia 14tahun.
    Bila diberitahu keadaan Azim itu tersentap juga jantung aku ,boleh kami ibubapa dia taktahu keadaan  mata dia sebelum ini.Tapi doktor bagitahu Azim sendiri tak perasan sebab selama ni dia bergantung pada mata kiri.Penglihatan mata kanan dia kabur ,cermin mata pun tak dapat membantu.Kini mata kiri dia kena dijaga sebaik mungkin .
  Azim anak ke empat ku ni agak pendiam ,tak pernah dia mengadu pasal penglihatan dia sebelum ni,cuma baru2 ni bila nak tukar cermin mata jadi masalah pula di kedai cermin mata.Pelajaran dia pun tak terjejas walaupun di kelas, tempat duduk dia agak belakang.Sejak sekolah rendah lagi cikgu2 tak pernah ada masaalah dengan dia,malah dia diantara pelajar cemerlang.Entah lah mungkin dia dahsuaikan diri dengan keadaan dia sejak kecil.....itulah yang doktor kata.Hingga kini pun dia tak rasa terjejas pun cuma kami yang amat2 bimbang keadaannya.

                Azim ketika usia lebih kurang 2 atau 3tahun

2 comments:

  1. Kuranglah bimbangkan SI kalau pelajaran dia ok ...macamana boleh perasan SI? Dia mengadu ke ?....

    ReplyDelete
  2. baru2 ni je dia mengadu kabur nak tukar cerminmata hainom.....kalau x memang kami tak tahu.

    ReplyDelete