Total Pageviews

Saturday 31 May 2014

hari cuti dan pengantin

ASSALAMMUALAIKUM
Hari ini saja di kawasan tempat tinggal aku ada 5 jemputan pengantin dan satu majlis bacaan yasin dan tahlil dan satu jemputan dari kampung.Hanya sempat pergi separuh saja sebab mengejarkan majlis bacaan yasin pada jam 2 petang.Cadang tuan rumah untuk majlis bacaan yasin ni untuk doa selamat dia ke umrah tapi malang terpaksa di tangguhkan sebab tak dapat visa Bagaimana pun adakan juga yasin dan tahlil untuk arwah2.
Cuti di Johor ni pada Jumaat dan Sabtu ,oleh itu berrebut2 orang mengadakan majlis pada hari Sabtu.Sekarang ni sudah tak tunggu cuti sekolah lagi asal hari Sabtu tentu ada undangan .

Setakat ini di tempat aku belum lagi ada yang buat majlis perkahwinan pada Jumaat.Majlis yang ada depan rumah ni pun hanya selang 3 rumah dari majlis satu lagi.Ramai juga kenalan2 mereka dari luar yang salah rumah .Iman yang seronok dapat lihat perarakan pengantin 2 tempat tapi dari rumah saja....


Dipetik dari Novel Denyut Kasih Medik:
'Jika anda dirisik secara langsung oleh seseorang lelaki da anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa , bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia . Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan Rasullulah S.A.W"

6 comments:

  1. Salam kak saniah..mmg tiap2 mggu ada jer jemputan kenduri kawen sepjg cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  2. ingatkan cuti sekolah boleh berehat..tapi sibuk pulak dgn kenduri kawen..

    ReplyDelete
  3. seminggu nak puasa nanti acik pi daftar anak ke batu pahat..cuti tak sama..memang cepat la habis cuti acik nanti kalau nak kena tengok dia disana

    ReplyDelete
  4. Eh... tempat kakak pun ada satu makcik nak pergi umrah terpaksa tunda sebab visanya tak dapat lagi, kenduri dah buat di surau (org lelaki) dan rumahnya (org perempuan). Kesian kan... sedih kakak dengar.

    ReplyDelete
  5. Salam...kak Zai baru jumpa blog baru saniah.anyway salam persahabatan kembali.

    ReplyDelete
  6. SI...tengah musim mengawan ni hehe...
    Muat ke tidak tu perut nak makan lagi kalau dah 5 buah rumah...sure datang salam ajelah yek!

    ReplyDelete