Total Pageviews

Friday 29 January 2016

aku di hospital 1

Assalamualaikum
Bersiaran dari katil hospital HSA JB .
Sejak dikejutkan 4.30 pagi tadi,mata dah tak mahu lena lagi.Terfikir pulak update blog untuk mencatatkan perkembangan terkini kesihatan aku.25hb tempohari  dah daftar masuk.wad ,walaupun sehari tu takde apa2'pun dilakukan selain berehat dikatil....malam tu memang tak dapat tidur,tau jelah bila dah tukar katil sepatah kata hainom okje...apatah lagi memikirkan Iman ketika itu masih tak sehat lagi.
Foto:suasana dlalam wad
26 hb  aku dipindahkan dari bed 11 ke bed 2' memandang
kan akan dibedah esok ,mereka nak pantau keadaan aku..Semuanya dalam keadaan baik je walaupun HB  9.7.Tapi masalahnya selama ini aku tak pernah terfikir yang aku ada masalah potasium yang rendah.Doktor bagitau agak bahaya  untuk melakukan pembedahan jika potasium rendah.Dengan itu asyik kena minum air garam dan  pagi petang siang malam juga bagi melalui drip lagi...tak tahan oiii rasanya yg pelik hampir termuntah aku menelannya.Melalui drip yg disalurkan pd tangan pulak.....sakit sangat,sebab air garam agak pekat kata nurse memang menyakitkan.
Petang itu juga kena minum air ( aku tak ingat apa ke namanya) untuk membersihkan usus.Air yang rasa yang berbagai2 membuat kan aku termuntah.2 cawan yang diberi mungkin secawan je yang dapat aku telan.
Dengan itu ulangalik lah ke tandas sehingga tengah malam dan hampir pagi baru lega....
Ok lah sambung di entry akan datang...sekarang ni nk kena telan ubat2 dan sarapan.

12 comments:

  1. Masya-Allah... ada masalah lain pulak kisahnya.
    Habis tu belum operation lagi ke SI?
    Apa pun semoga semuanya baik-baiklah hendaknya.
    Kalau boleh biar cepat berlalu.

    ReplyDelete
  2. Allahuma.. syafakillah Kak Saniah..
    Semuga dipermudahkan urusan akak..
    Ada juga masalah sampingan ye kak..
    Memang jemu kak .. telan ubat ni..
    Tapi nak sihat kena juga kan..

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar...Semoga urusannya dipermudahkan. Harap saniah tabah ya jangan fikir banyak2.

    27hb tempohari kak zai dah fikir saniah dlm bilik bedah.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...semoga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  5. sian akak macam2 dugaan pulak ye...sabo ye kak...sikit je lagi tu...lepas pembedahan moga2 semuanya kembali normal...baru saya tau penting nye potasium bagi orang2 yg nak di bedah...camne la rase air2 obat tu sampai buat akak termuntah2...mesti teruk sangat...tak dapat saya nak bayangkan...terus tabah kak moga akak cepat sembuh...banyakkan rehat ye

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum SI, moga SI cepat sihat, berbanyak berdoa dan berbanyak berehat. Cepat sembuh SI.inshaAllah.

    ReplyDelete
  7. sis semoga sekarang ini sis sudah sihat2 hendakNya. take care.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah.....terima kasih SI kerana sudi berkongsi cerita. Sekurang kurangnya tak dpt melawat, dpt tahu perkembangan SI pun dah cukup bagus.

    Biasalah.... sapalah yg boleh lelap kat sepital tu, tambah lagi kena hadap macam macam ubat. Tu yg mls tu bila dah duk sepital, ada aje vitamin dlm badan yg kurang. Baik 3 hari kat sepital dah jadi seminggu.

    Saya doakan moga semua urusan SI di hospital dipermudahkan yer dan dpt cepat balik

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah.....terima kasih SI kerana sudi berkongsi cerita. Sekurang kurangnya tak dpt melawat, dpt tahu perkembangan SI pun dah cukup bagus.

    Biasalah.... sapalah yg boleh lelap kat sepital tu, tambah lagi kena hadap macam macam ubat. Tu yg mls tu bila dah duk sepital, ada aje vitamin dlm badan yg kurang. Baik 3 hari kat sepital dah jadi seminggu.

    Saya doakan moga semua urusan SI di hospital dipermudahkan yer dan dpt cepat balik

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
    .alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  11. Kat hospital kak memang tak lelap lah nak tido

    ReplyDelete
  12. allahu akbar ... bertabahlah . saya ni bila bab org cerita pasal masuk hospital mmg rasa gerun ...

    ReplyDelete