Total Pageviews

Thursday, 25 February 2016

Jemputlah...

Assalamualaikum
Tumpang seronok bila kawan2 sekolah buat mini reunion 24 Feb lepas .Apa yang lebih mengembirakan dorang buat kat Restoran salah seorang bekas kawan sekolah  dulu.Walaupun tak ramai yang sertai apatah lagi kami yang jauh dan ada yang berkerja  ,namun mereka memeriah kan lagi Restoran yang baru di ubahsuai  ,juga ada jamuan makan free pada hari itu.
Pada kawan2 dan adek2 blogger di area berdekatan ,silalah singgah ke Restoran warung bistro puan Latifah Taman Bukit Cheras....katanya menyediakan masakan kampung....saja nak tolong promosi ...Walaupun aku sendiri belum pernah ke sana.Juga tak pernah bertemu puan latifah ni sejak lebih 30 tahun  cuma sesekali menyapa di FB dan wasap group.Dulu kami satu pekan di kampung yang berlainan ,sekolah rendah dulu kami tak satu sekolah sebab dia sekolah Inggeris sementara aku disekolah kebangsaan biasa je.Masa tu anak orang ada2 je yang sekolah Inggeris,kami yang apa yg ada ni sekolah biasa je.Tapi kantin sekolah kami sama.Sekolah agama pun di sekolah yang sama.Seingat aku lah dah tingkatan 4_5 baru satu sekolah.,sebelum dia ke US lepas SPM.Dulu aku suka lihat wajah nya ,sedap mata memandang.. .Sampai sekarang masih lagi maintain manis nya.
Kini dia pengusaha restoran yang berjaya ....semoga akan terus berjaya.
Pernah di kunjungi JJCM dan penaja sarapan pagi NLKO beberapa bulan lalu.


14 comments:

  1. Di Cheras lah ni Kak Saniah..
    Rumah kakak saya ada di cheras ni..
    Boleh lah singgah jika kesana..

    Rasa gembirakan kak bila kekawan kita berjaya..
    Saya pun ada kekawan yg mengusahakan restoran..

    ReplyDelete
  2. lama sungguh ye kak dah berpuluh2 tahun tak jumpe...saya pon sama kak selalu hai2 kat fesbuk je...fesbuk saya pon dah lama tak aktif...mesti bestkan kalau dapat berkumpul ramai2 camtu...borak2 sambil mengimbau kenangan lama...mesti banyak yg kelaka :D

    ReplyDelete
  3. seronok tengok kawan-kawan berjaya kan kak, inshaAllah jika ada kesempatan nolehlah pergi

    ReplyDelete
  4. Kalau dah sihat masa tu mungkin dpt pergi tapi kan tengah dipantang tak apalah lain tahun pergi join.

    ReplyDelete
  5. bila dah masing-masing berumah tangga ni susah lak nak cam muka zmn sekolah ... manalah tahu kenal ...

    ReplyDelete
  6. memang best dapat reunion sama2.. tamabh2 lagi dah lama xjumpa kan macam2 cerita ada. hehe..
    ooo ada jual masakan kampung mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  7. kekadang bila terjumpa kawan lama seperti kelu lidah nak berkata. perasaan rendah diri pun melanda, mengandaikan yang kawan kita lebih berjaya dari kita..hihihi

    ayat pertama mesti gini bunyinya .."hei anak kau dah berapa?heheh

    ReplyDelete
  8. kawan sekerja saya dulu pun ada buat re-union geng lama di restoran kat Sungai Dua.

    tpi saya tak hadir. Susah juga nak tinggalkan ibu_suri kesaorangan...

    ReplyDelete
  9. seronok kan kak..lebih2 lagi bila ingat gelagat zaman persekolahan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, best ada reunion tambah di restoran kawan sendiri kan, usahawan berjaya dan cantik pulak ye..inshaAllah bertemu nanti.

    ReplyDelete
  11. time reunion mcm tak caya pun ada bila semua bwk anak msg2 pastu siap booking menantu lg...haila....kesian anak2 hlg hak memilih bila bsr nnti..haha

    ReplyDelete
  12. Best kan Saniah bila tengok rakan2 sekolah berjaya kita tumpang happy, apa lagi kalau restoren mcm ni dpt mkn2 sembang2 mmg happy sngt..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak,
    Tahniah kak, jumpa kwn2 lama. Tentu best dan meriah sambil meng-update perkembangan diri masing-masing. Saya teringin juga nak buat reunion, tapi tiba-tiba rasa rendah diri sangat...hehe
    #Semoga kesihatan akak bertambah baik..aminn

    ReplyDelete
  14. Saya mcm tau tempatnya SI....selalu gak area sini , makan western.
    Nantilah bila bila saya try, saya ambik gambo bagi SI tengok yer....

    ReplyDelete