Total Pageviews

Wednesday, 17 February 2016

ingin tahu

Assalamualaikum
Masa cuti CNY kawan wasap group ada pergi Kelantan ada majlis perkahwinan kat rumah mertuanya.Dia ada post gambar masa rewang kat sana ...yang aku tertarik bab kelapa muda ni ...ingin juga nak tau buat apa agaknya, mungkin kah campur dalam gulai?.sebab dia tak gitau pun utk apa ...Yalah lain tempat lain caranya ,kalau kat Johor ni mana lah pernah jumpa benda2 cmni kat kenduri kendara.
Lagi satu jantung pisang seperti ni ,biasa untuk masakan seharian ,tak pernah lagi lihat kat majlis  di Johor ni....tentu pilihan aku jika ada kat kenduri kendara di sini.

19 comments:

  1. Ntah la ya.. untuk gulai apa. Harap ada yang komen dan beri penjelasan. Kalau untuk jantung pisang tu, untuk buat kerabu la kut..

    ReplyDelete
  2. jantung pisang masak lemak putih pon sedap kak...lawan kan dengan ikan masin dan sambal belacan...terangkat makan 3 pinggan terus....kikiki...banyak kelapa muda nak kene pakai ek...kat tempat saya ni kalau nak beli kelapa muda sebiji je dah 3 hengget...nasib baik depan rumah ada pokok kelapa nan sebatang...selamat duit...kikiki

    ReplyDelete
  3. Yelah tempat kita ni memang tak ada
    Kalau dpt peluang merasa best juga SI:)

    ReplyDelete
  4. JANTUNG PISANG SELALU DIBUAT KERABU TIKA KENDURI..TAPI DIGULAI PUN SEDAP JUGA...KELAPA MUDA BUAT DIMINUM AIR DAN ISINYA KOT.

    ReplyDelete
  5. saya pernah juga makan ni kak, maklumlah orang sana. memang sedap

    ReplyDelete
  6. Lain tempat lain caranya..
    Saya pun orang Johor...jadi x pernah tengok jantung pisang dimasak untuk makan kenduri.

    ReplyDelete
  7. Jantung pisang tu dapnye..
    kelapa tu nak buat apa ye..?

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Saniah...tang jantung pisang mmg sedap buat gulai tp klpa tu atie pon nak tau gak...diaorg buat gulai ke jgk?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak,
    Mudah-mudahan bertambah baik kesihatan akak.
    Jantung pisang tu biasanya dibuat kerabu, buat sayur lemak putih pun boleh juga....yg kelapa tu buat minum airnya kut...

    ReplyDelete
  10. kalau jaunting pisang tu sure buat masak lemak tu.. kat johor selalunya nasi minia attua nasi bryani. mana ada masakan kg for pengantin kan.

    nak tau apa yg nak dibuat dengan kelapa muda tu.

    ReplyDelete
  11. Baru ni terbaca jantung bisang tu di potong kecil di masak dengan serbuk kari jadi hidangan kenduri. Kelapa muda di buat gulai kut hehe

    ReplyDelete
  12. Kami kat penang dulu2 kalau rumah orang kawin nasik minyak/tomato/bukhari.. la ni tak tau la...

    tapi ada jugak beberapa kali pi kenduri lauk kampung... memang lagi selera nak makan...

    Jantung pisang buat kerabu/gulai sedap...., tapi kelapa tak tak tau pulak.. kalau rendang tok ada masuk kelapa ricik yg digoreng.. tp ni bukan kat perak

    ReplyDelete
  13. Jantung pisang buat gulai lemak sedapnya boleh juga buat kerabu. Kak Zai selalu ke Pantai Timur tp tak tahu masakan itu ada masa kenduri.

    ReplyDelete
  14. Jantung pisang saya selalu buat masak lemak cili api dgn ikan bilis kak atau pun buat ulam cecah sambal belacan...
    Terliur pulak saya..

    Hanya org kelantan yg boleh jwp kelapa muda potong kecil2 tu nak buat apa..

    Cer akak tanya kat kawan wasap group akak tu.. nak juga saya tahu buat apa kelapa muda tu..
    Hihihi saya pulak yg teruja nak tahu..

    ReplyDelete
  15. Buat coconut shake kot SI.....bukan main dipotong kecik tu. Biar senang masuk dlm blender agaknya hihi....

    Lain tempat lain budayanya kan SI, seronok kalau dpt gi tempat orang ni, tambah seronok org macam saya ni, tolak batu ngan kayu jer hihi

    ReplyDelete
  16. jantung pisang celur cicah sambal belacan sedapnya...hehehe

    ReplyDelete
  17. Aduyai sedapnya..kelapa muda tu org kel panggil bumbe..campur dgn gulai daging..jd kari bumbe nyor kak..yang jantung pisang tu masak tresek namanya..sedap..letak 'kropeh' yam :-)

    ReplyDelete
  18. Aduyai sedapnya..kelapa muda tu org kel panggil bumbe..campur dgn gulai daging..jd kari bumbe nyor kak..yang jantung pisang tu masak tresek namanya..sedap..letak 'kropeh' yam :-)

    ReplyDelete