Total Pageviews

Thursday 17 March 2016

25 things that make me happy

Assalamualaikum


Sebagai memenuhi permintaan kak Paridah Ishak(PI),aku cuba juga mencoretkan saat2 yang mengembirakan.
1)Dah tentu saat menjadi isteri pada encik Burhan,setelah melalui jalan penuh liku.
2)ketika disahkan mengandung ketika perkahwinan dah mencecah tahun.ke5.
3)saat kelahiran anak  pertama yang sememangnya dah ditunggu2 sekian lama....akhirnya dapat juga jadi ibu seperti orang lain.Begitu juga anak2 seterusnya.
4)Impian nak anak sulong lelaki terlaksana juga.
5)masa belum ada anak sentiasa bermohon agar dikurniakan walau seorang zuriat tapi Allah kurniakan 5....Alhamdulillah.
6)Bila dapat balik ke kampung halaman walaupun mak/ayah dah takde....dapat lalu pun dah puas.
7)dapat jumpa sedara mara  sahabat andai bila ke majlis2 kawen kat kampung.
8)dapat berkumpul adek beradek yang sememangnya sukar bila mak ayah dh.tiada.
9)bila  dapat melihat anak2 membesar meraih  kejayaan demi kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan .
10)bila sorang demi sorang anak2 melangkah kaki ke universiti.
11)dapat bertemu semula dengan rakan karib zaman sekolah dulu setelah berpuloh tahun terpisah tanpa berita...pernah ku abadikan dalam blog ini sebagai ikhtiar mencarinya.
12)dapat jalan2 dan makan2  di luar  bersama semua anak2.
13)dinobatkan sebagai keluarga ikon di program motivasi upsr 2015.
14)Bila dapat keluar wad setelah beberapa hari duk terlantar di hospital ...tang ni memang betul2 gembira.
15)melihat tanaman dan bunga2 yang kutanam  hidup subor.
16)setelah pembedahan tak lagi was2 dalam mengerjakan ibadah.
17)dapat bersahabat dengan rakan2 blogger yang baikhati walaupun di maya
18)dapat menimba ilmu dunia dan akhirat dari membaca blog adek2 dan rakan2 blogger ,juga dapat menceriakan  hati yang gundah.
19)Bila anak2 bercuti pada masa yang sama.
20)dapat sediakan apa yang mereka nak makan dan dapat makan masakan mereka.
21)bila dapat bersedekah dan mengembirakan oranglain.
22)bila yang di doa dan dihajat kan tercapai juga.
23)dapat menjaga mak mertua dan mak sendiri hingga akhir hayat mereka.
24)terima pemberian dari suami dan anak2 walaupun sekecil2 nilai tetap mengembirakan hati .
25)bila kali pertama cuba resepi menjadi ....anak2 dan ayah anak2 suka.
Okey ...Nak tag siapa pulak ya..
MALINDA
KAK ZAI
BUNDA
ARYAN AZRA
RAIHANA AHMAD
jangan marah ya .....sudi2kan lah.






15 comments:

  1. Saya sampai hari ni tak reti reti nak buat benda ni..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah kak nanti saya buat entri ye..banyak perkara yang menggembirakan hati ni hihihi

    ReplyDelete
  3. InshaAllah kak nanti saya buat entri ye..banyak perkara yang menggembirakan hati ni hihihi

    ReplyDelete
  4. Dah dua orang tag kak Zai ni In syaa Allah.
    Walaupun no 13 ramai orang takut tp itu yg paling kak Zai suka. Tahniah saniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzai saya pun tag kakzai jugak benda ni heeee

      saniah tahniah dari kaknoor di nobatkan jadi keluarga icon ya mesti gumbira lah kalau gitu kan alhamdulillah

      Delete
  5. kebanyakan yg akak tulis tu sume ape yg bole buat saya gembira jugak...nak2 part suami dan anak2 tu...jap lagi saya jawab tag akak ni ye...nak pikir dulu ape yg selalu buat saya happy...cam banyak je tapi tak tau camna nak tulis je ni....kikiki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawab Linda jgn tak jawab hihi...
      Kakak nak juga tahu apa yg buat Linda gembira:)

      Delete
  6. Memang gembira sangat2 kan kak yang no 2. Iye lah dah 5 tahun menunggu.. akhirnya dgn berkat kesabaran akak.. Allah makbulkan doa akak.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Begitulah betapa banyaknya kegembiraan yg dpt kita nikmati sebenarnya kalau mahu disenaraikan. Syukur, syukur alhamduillah moga kegembiraan terus hingga ke syurga kelak. Amin.

    ReplyDelete
  8. Tumpang gembira juga..moga kebahagiaan kekal hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  9. kadang tu banyak juga kegembiraan yang sama dengan orang lain. gembira utk kak

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah k SI, kegembiraan bermakna dapat mendidik anak berjaya,mengurus keluarga hingga menjadi ikon Tahniah, syukur doa dimakbulkan, happy sangat kan :)

    ReplyDelete
  11. Betul tu bila melihat tanaman yang kita tanam mengeluarkan hasil dan subur...buat hati kembang dan tersenyum2 sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh... bunda pun kena tag jugak...dah 2 orang dah tag benda yang sama ni...

      InsyaAllah kalu ada kelapangan bunda buat yer...

      Delete
  12. Saya pun kena tag jugak SI....tp lum buat lagi hihi...
    Alhamdulilah, nikmat Allah bagi. Saya dapat merasakan kegembiraannya tu tau.

    Tahniah juga sebab jadi keluarga Ikon.

    ReplyDelete