Total Pageviews

Monday 28 March 2016

pengaruh Boboboy

Assalamualaikum
Ini kisah minggu lepas.
Penangan Iman asik merengek nak tengok Boboboy ,akhirnya terpaksa juga kami bawa walaupun tayangan dah berlalu beberapa minggu.Dah lama bebeno tak jejak pawagam tapi dek kerana Iman kami melanggar sumpahan....hehee sumpahan lah sangat !.
Ramai gak ibubapa muda bawa anak2 .Kami ibubapa tua ni pun menyibuk gak bawa si boboy Iman.Sebenarnya aku tak lah berminat nak tengok kartun2 ni  tapi takde siapa dah nak bawa Iman .Bila wasap dengan Iqa dan fatiha tu digelakkan mereka je.....kesian ayah kena tengok Boboboy gak .Kalau mak boring tido lah kata mereka.Pandai sungguh bagi idea yang tak logik....huhuu  mana lah dapat nak lelap dengan hiruk pikuk dalam pawagam tu.Lagipun dengan harga tiket RM 16 tu membazir pulak tak tengok .....Kami layannnnn je.


13 comments:

  1. Kesian pulak kalau tak dapat tengok kan. Happy Iman dapat tengok boleh bincang dengan kawan-kawan tu. Ok tu K SI masuk pawagam duduk rehat jugakkan :)

    ReplyDelete
  2. seronok iman dapat tengok boboiboy ye, takpe kak sesekali tengok movie best jugak tu

    ReplyDelete
  3. Budak-budak...cerita macam tu la yang mereka minat...saya kecik2 dulu pun minat cerita kartun...bila dah tua ni...rasa pelik pula...dulu minat sekarang dah tak minat....zaman2 dah berubah

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kakak pun pergi menonton dgn kawan-kawan mereka Boboiboy ini SI masa cuti sekolah tempohari. Kakak memang dah malas nak melayan panggung - dah tua ni memang malas kan...

    Yelah Iman masih kecik pergi dgn kawan masih belum boleh percaya lagi. So.. kalau dah abang/kakak tak ada mak/ayahlah kena temankan..

    ReplyDelete
  5. Seronok Iman tengok wayang ditemani mak dan ayah. Sesekali nak tenangkan fikiran tak salah tengok wayang. Kak Zai pun selalu juga pergi dah anak2 dan menantu mengajak tp tengok jugalah jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  6. Penangan boboiboy..dah filem utk ank2 kita mak bapak terjebak tgk kan...tapi terhibur..org kata apa terbaekkk

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik..
    Wah, tentu seronoknya iman dapat menonton bersama emak dan ayah. Sesekali layan anak-anak apa salahnya ye tak? Mudah-mudahan iman ceria dan gembira...

    ReplyDelete
  8. Hihi....dah anak yg bongsu kecik lagi SI haruslah layan. Kalau tak, dengan sapa lagilah Iman nak tengok.

    Saya pun tak suka tengok cite kartun ni, nasiblah si bongsu pun tak sebok nk tengok. Dia nak tgk zootopia.

    Saya jangan SI, boleh jer membuta dlm panggung tu hihi...

    ReplyDelete
  9. tengah top meletup dan pecah panggung berjuta2 filem ni...

    ReplyDelete
  10. Anak2 saya bila dorang dah dapat tengok, nasib baik tak merengek nak tengok lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Saya tunggu CD dia keluar jer kak saniah hahaha..
    Tak terlayan nak ke pawagam..

    ReplyDelete
  12. my anak buah sampai sekarang x dpt nak tgk sbb mamanya x benarkan ...

    ReplyDelete
  13. aida gi tgk anak-beranak.
    layan ijat, memang peminat boboiboy.
    ok la. boleh la kita layan skali.
    not bad la. action byk.
    ijat tgk menganga :) ha ha ha ha...
    asben tgh tunggu utk donlod.
    pasang kat umah ke dlm kta ke kan.

    ReplyDelete