Total Pageviews

Thursday 11 February 2016

kawan sekolah

Assalamualaikum
Alhamdulillah, kini dah beransur sehat .....masih kena berpantang terutama bab2 makan ....walaupun kadangkala kecur juga bila lihat makanan febret depan mata.Nak baik cepat kenalah kuatkan jiwa dan  perasaan.
Duk berehat memanjang kadangkala buatkan aku rimas....sebelum ni mana nak duk diam je.....tanaman ku intai 2/3 kali sehari samada sayuran atau bunga2..kini aku mampu memandang dari jauh je.Mengharap belas suami menjaga dan menyiram .
Mengisi masa senggang aku baca entry kawan2 dan adek2 blogger....walaupun tak berkesempatan menyapa .
.Ku ikuti juga perkembangan kawan2 wasap group terutamanya bekas kawan2 sekolah ...sekadar membaca saja....sesekali je menyampuk.Macam2 cerita sukaduka dapatlah tahu ,tak kurang juga   yang kawen kan anak  masa2'cuti ni. Tumpang banggalah juga seorang dari kawan wasap group sekolah dapat masuk TV dan paper.Sebelum ni kami tak tau pun siapa dia walaupun tau dia kerja kat KPM.Tetap meyapa walau siapa kami....
Bekas classmate aku masa ting.1_3.Dah ting.4_5 tak ingat pulak aku dia kelas mana tapi yang pasti dia ketua pengawas ketika itu.Tau lah juga latar belakang dia sebab kami sekampung ....walaupun memori aku dah semakin kabur mengingati kisah2 silam namun aku masih ingat sangat yang adek dia kerap datang rumah sebab bestfriend adek aku.
Tumpang bangga bukan saja sebagai kawan tapi bangga melihat anak kampung ku yang berjaya walaupun dulu hanya sekolah menengah biasa .

.
                          Foto: dari wasap group.

13 comments:

  1. Tumpang banggakan kak bila kekawan sekampung berjaya..
    Malah tak sombong pula..
    Masih menyapa digroup wasap sekolah..
    Mcm group sekolah saya..
    Ramai yg berjaya hingga dpt gelaran Dato Seri..
    Mereka yg byk seponsor bila reunion..

    ReplyDelete
  2. semoga akak cepat sembuh ye..take care tau.

    ReplyDelete
  3. Bila dah masuk group WS sekolah memang ramai kawan kita yg berjaya sebenarnya. Yg dah datuk/datin memang ramai. Kakak kadang rasa kerdilnya diri. Tapi rata-rata memang tak sombong

    Semoga SI cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Moga SI cepat sembuh, teringat tanaman yang memberi ketenangan juga kan. Betul kawan sekolah berjaya, menjadi inspirasi anak-anak pula.

    ReplyDelete
  5. rehat bebanyak kak...gintai2 je bole...moga akak cepat sembuh ye...pas dah sehat pon nanti jgn le gigih beno nak buat keje berat kesihatan kene jage...kalau saya pon mesti kembang semangkuk hati saya menumpang bangga...seronok bila tengok kawan2 zaman kekecik dulu dah jadi orang yg berjaya pastu tak sombong pulak tu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, salam jumaat mubarakah. semoga akak bertambah sihat dan gembira di samping keluarga.
    Tumpang bangga dengan kejayaan kawan akak.

    Kadang-kadang saya tersenyum sorang2 mengenangkan rakan-rakan saya yang sudah berjaya sekarang ini. Dulu masa budak-budak, ada yang berhingus, berjalan tak berbaju dan berselipar.. panjat situ dan ini, main itu dan ini...macam2 gaya perangai, la ni ramai yang sudah jadi 'orang besar'....saya je masih 'orang kecik' hehehe..
    Apapun, saya sekeluarga doakan agar kesihatan akak bertambah baik dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh ceria...

    ReplyDelete
  7. Tumpang bangga dengan kawan2 yang berjaya.
    Semoga saniah cepat sembuh jangan buat kerja2 berat.

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh dan dapat berblog serius kembali...

    ReplyDelete
  9. Alhamdululillah..Wa pun tumpang bangga hihihi..Moga cepat2 sembuh ya kak...

    ReplyDelete
  10. Tak lama lagi kena pantangnya tu SI, harap bersabar hihi...
    Kalau saya pun bangga juga tu SI, yelah kengkawan walaupun dah berjaya dan terkenal, tp tak sombong. Org kg pulak tu ..

    ReplyDelete
  11. Tak lama lagi kena pantangnya tu SI, harap bersabar hihi...
    Kalau saya pun bangga juga tu SI, yelah kengkawan walaupun dah berjaya dan terkenal, tp tak sombong. Org kg pulak tu ..

    ReplyDelete