Total Pageviews

Tuesday, 2 May 2017

Bekal untuk anak

Assalamualaikum
Tiga bekas makanan siap untuk dibawa Iqa dan Fateha ke universiti.Sebab apa 3?....aku kirimkan untuk si abang yang tak dapat balik cuti....ada oncall katanya.Hmm....ingatkan doktor manusia je yang kena oncall....
Ketiga2 bekas aku isikan makanan yang sama ....nasi dan lauk goreng2...untuk mengelakkan basi kerana tiba pun dah petang. Bekas kecil  aku bekalkan sambal kering  sorang satu.
Walaupun katanya hari buruh ....semua pekerja cuti tapi aku tetap bangun seperti biasa untuk menyediakan bekal anak2 yang nak balik u.Juga masak untuk tengahhari sekali.Lagipun perlu ke Larkin Central untuk menghantar mereka naik bas,memandang kan tiket di terminal Kulai dah abis.Dapat tiket pukul 10.30 pagi,oleh tu kenalah bertolak lebihkurang pukul 9 ....mengelakkan jem.
Iman lebih rela tinggal di rumah berseorangan .....boring katanya berlama2 menunggu bas kelak. Elok pulak jalan pagi tu.....lancar je.Lebih kurang 45 minit dah tiba tempat di tuju.
Sayu hati ketika bas berlalu pergi...Kami berlalu setelah bas hilang dari pandangan.....Bersegera balik bimbang Iman sorang di rumah ,walaupun katanya tak kisah.Terfikir nak singgah melawat Azim di asrama tapi rasa tak best pulak tak bawa kan makanan dari rumah.Azim pun kata tak pe....Lagipun dia baru balik dari kem motivasi  di Ulu Tiram ...masih penat lagi.
Setengah hari lagi kami 3 beranak hanya menghabiskan masa di rumah apatah lagi hujan agak lebat petang 1 Mei tu.Bila WA  kat Iqa dan Fateha yang otw ,keduanya sedang stress .....perjalanan yang mengambil masa 4 jam dah bertambah berjam2.Si abang yang janji ambil di TBS pun tak mahu bimbang jem.Keduanya terpaksa hubungi Uber untuk ke destinasi masing2.....Alhamdulillah ,walaupun dah agak lewat petang ....mudah mudahan bekal yang dibawa boleh lagi dimakan.

12 comments:

  1. sedapnya bekalan untuk anak2 tu, mak2 macam tu lah kak kan walaupun cuti hari pekerja mak2 ni mana ada cutinya kan lagi pulak kalau anak2 ada dirumah lagi gigih mak bekerja siapkan makan minum untuk anak2

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    kerja jadi 'mak' ni memang Xde cuti.

    ReplyDelete
  3. Hati mak2 mmg mcm tu kan kak saniah..
    Sebolehnya nak sediakan makanan utk bekalan mereka..
    Saya ni pun anak dekat je asrama..
    Byk juga bekalan saya bungkuskan hihihi

    ReplyDelete
  4. ANAK2 SUKA SGT MAKANAN YG DIMASAK EMAKNYA SEDAP JE RASANYA

    ReplyDelete
  5. Dah namanya emak, memang begitulah sikapnya. Kalau tak bekalkan apa-apa, macam ralat pulak.

    Saya pun tak ke mana-mana pada 1 Mei semalam. Sibuk mengemas rumah lepas tu lepak-lepak tengok movie back to back ^_^ Sekarang ni memang hujan aje petang. Semua aktiviti tergendala dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. Acik pun pagi lagi dah siapkan bekal anak

    ReplyDelete
  7. memanglah kak, kalau berjalan time cuti umum ni asyik jem memanjang. Saya pun duduk rumah ajer, tak ke mana-mana. Kalau berjalan pun ke kenduri kawin saja. Lepas tu sambung balik mengerjakan hal-ehwal rumahtangga.

    sayu rasa hati ya kak, bila anak2 melangkah pergi balik U...saya belum rasainya lagi.

    ReplyDelete
  8. Alahai kak,samalah kita, kalo ank nak balik u tu mesti nak bekalkan apa2 tak kiralah simple pun, rasa kalo tkde buat apa2 terkilan je kan.
    Ank saya selalu dari kuantan turun di TBS jugak.

    ReplyDelete
  9. Selalunya kalau bekal yg goreng2an ni tahan dan susah basi.

    ReplyDelete
  10. sedap bekal tu kak SI. Anak2 mesti suka, rebut2 makan dgn kawan2 nanti

    ReplyDelete
  11. Yang goreng-goreng ni tahan lama sikit πŸ˜„ 1 Mei, pergi jemputan kenduri

    ReplyDelete
  12. Sedapnya SI...goreng goreng kering gini naknya makan jangan ada lauk lain. Lauk dia aje barulah sedap....

    ReplyDelete